Assalamualaikum..
Insyallah cik na akan bakal mendapat anak sedara perempuan yang ke-4 dalam next week kot.
Makin bertambah Ummat Rasulullah^^
Teringat semasa akak melahirkan anak first, time tu saya baru masuk diploma. Memandangkan saya sahaja adik perempuan yang rapat akak sangat mengharapkan saya dapat pulang untuk menemaninya sewaktu dia bersalin.
Tapi saya tidak dapat memenuhi permintaan dia kerana tengah menghadapi peperiksaan akhir. Allahurabbi perasaan bersalah dan sedih meruntun jiwa. Hanya mampu berdoa terbaik untuk kakak.
Alhamdulillah kakak selamat melahirkan anak lelaki memelalui pembedahan, kakak tidak dapat melahirkan anak secara normal. Saya menebus balik perasaan bersalah, sepanjang cuiti semester saya menjaga anak sedara saya.
Pembedahan atau bahasa medic casarean memerlukan penjagaan rapi, tak boleh kena air bagai.Kakak ni mmg tak boleh kalau tak mandi. Disebabkan selalu kena air, kesan pembedahan bernanah teruk menyebabkan kakak kena buka balik jahitan bagi membersihkan nanah tersebut.
Dia tak boleh memegang baby dan menyusu secara normal kerana kesan pembedahan. Saya hanya membantu dengan bagi baby susu botol.Tambahan time tu abang ipar dah terpaksa kembali ke pahang bekerja,
Terasa agak sedih apabila akak menceritakan detik-detik dia bersalin di mana, dia dimarah teruk oleh doktor time itu. Tidak dapat dinafikan ramai pesakit,yelah hospital kerajaan, namun emosi para ibu time ini amat penting untuk dijaga, dan peranan suami ketika ini sangat penting.
How can seorang wanita muslim dibiarkan hanya separuh tertutup aurat di labour room dengan ramai doktor lelaki yang non-muslim pulak masuk every hours untuk tengok bukaan rahim. Itu aurat besar, bukan aurat kecil. Aurat yang hanya dilihat oleh suami sahaja, how can membenarkan lelaki lain menyentuh dan memegang aurat isteri sesuka hati. Itu dayus namanya.
Mungkin ada yang berkata itu darurat. bagi saya ianya akan diklasifikasikan darurat if di Malaysia ni mmg dah tak ada doctor perempuan.
Selalu dengar kalau pegi hutan tak ada makan boleh makan khinzir tak?
selagi ada haiwan lain, monyet ke, apa ke..tak payah nak terdesak sangat makan si khinzir yang haram itu.
Saya dan adik saya membaca majalah solusi dan dari penulisan Ustazah Fatimah syarha berkenaan isu darurat ibu bersalin ni saya dan adik suggest kat akak dan abg ipar untuk anak ke dua akak bersalin di hospital swasta dan memilih doktor perempuan.
![]() |
Oloh2..tomey2^^ |
Wahai para suami,menjadi tanggungjawab kalian memastikan aurat isteri kalian terjaga rapi, usahakanlah untuk menyediakan doktor perempuan bagi meyambut kelahiran anak kalian, bukan tangan-tangan yang tidak sepatutnya. Walaupun ianya memakan cos maybe dalam RM2000 or lebih apa la sangat nak dibandingkan dengan keberkatan yang Allah bagi.
Kalau permulaan kelahiran sudah ada perkara yang tidak baik,bagaimana pulak dengan pengakhiran,
Menjadi tanggugjawab kerajaan juga menyediakan doktor perempuan untuk para wanita Muslim bagi yang tidak mampu.
For my future husband, please you should know this.
Untuk anak-anakku yang akan datang, akan ku pastikan kalian mendapat hak kalian yang terbaik. That my responsible.
"Untuk mendapat kebaikan di masa akan datang perlukan berkorban untuk jangka masa pendek"
![]() |
sleepy beauty^^ |
Untuk anak-anakku akan datang, diriku sedang mempersiapkan diri dengan ilmu untuk menjadi ibu yang terbaik untuk kalian,
Akan kupastikan hak-hak kalian tidak terabai,
Kalian akan mendapat didikan Islam yang terbaik Insyallah^^
Ya Allah jadikan zuriatku zuriat yang soleh solehah,yang taat kepadaMu dan memjadi pembela agamu..
No comments:
Post a Comment