June 1, 2013

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Tak kenal maka tak CINTA?



hurm hanyalah ayat biasa kita dengar,kadang-kadang naik bosan jugak.

Kita ini,atau pun saya sendiri la senang sangat untuk judge orang lain.Orang itu begitu begini dengan hanya sekali jumpa atau lihat orang itu.

Adilkah untuk kita membuat persepsi yang macam-macam bagai kepada seseorang itu,sedangkan dia bukan begitu?

Dalam situasi ini perkara yang paling susah dan penting untuk kita lakukan adalah adalah

HUSNUZON @bersangka baik..

Nafsu itu sering menyuruh kita untuk melakukan perkara-perkara yang seperti inilah.Hanya sekali mengenal orang itu kita menghukum nya berbagai-bagai.

Apa perasaan kita agaknya kalau orang itu belum pun mengenali kita,namun macam-macam benda dia mengatakan tentang diri kita.Begitu juga dengan orang yang kita judge itu.Cuba ntuk berada dalam "kasut" orang lain.


"Eyy minah ni tak reti-reti nak tutup aurat ke?ingat rambut macam sarang tebuan itu chantek sangat".(sambil buat muka menyampah).

Situasi ini saya juga pernah mengalami.Beristigfarlah sahabat.Diriku sendiri.

Pernah tak kita jumpa orang itu,berkawan dengan dia.Ajak dia ke arah kebaikan.Paling komang pun doakanlah dia.Ini tak kita dok kutuk-kutuk bagai.

Bila saya berkawan dengan mereka,mereka bukan taknak menutup aurat,tetapi mereka memerlukan kekuatan,bimbingan dan sokongan dari kita.Bukanlah kutukan yang menjatuhkan aib orang lain.

Pernah juga bercerita tentang Rasulullah dan sahabat-sahabat,dan dia betanya.

"Err...sahabat Rasulullah itu ada lagi ke sekarang?".

Di waktu itu seperti akulah yang paling berdosa.Aku tidak pernah memberitahu tentang Islam kepada mereka.Mungkin kita ini tak sehebat Prof.Muhaya,tak selantang Ustaz Azhar Idrus jauh sekali nak jadi ustazah atau ustaz.Tetapi sampaikan walaupun hanya sedikit tentang Islam itu.Kerana ada yang kehausan tentang ilmu.

Rasullulah bersabda:

"Sampailah daripadaku walaupun sepotong ayat"



Mungkin apa yang saya sampai ini hanya biasa-biasa sahaja.Tapi untuk muhasabah diri saya dan sahabat-sahabat jua.

Bantulah sahabat kita yang nak berubah lebih baik,beri sokongan,bukan kutukan.Sebab inilah saham untuk kita di akhirat kelak.

Jangan cepat untu kita judge seseorang itu,cubalah untuk bersangka baik walaupun ianya susah.


Salam Ramadhan!
Utilize bulan ini dengan perkara yang baik^^



4 comments:

Shiqin Sunshine said...

hehe itulah bukan mudah untuk melakukan kebaikan..lg2 yg berubah kepada kebaikan....hehe, mesti ada sahaja mulut yg mngata...nauzubillah~

yup2 tanmkn sifat bersangka baik dan itu lah yg lebih baik, dan sampaikan apa yang perlu disampaikan walaupon sedikit..=) nice

Ina Abdullah said...

@Norashiqin Kamaruzaman

Betul tu Asyiqin..syukran^^

Unknown said...

walaupun susah untuk menanam sifat husnudhon dalam diri percayalah seandainya ianya dilatih tidak akan ada soal iri hati, benci membeci .... hawa itu didik nafsu itu ditunduk

Ina Abdullah said...

@namaku NSBS

^^