July 14, 2014

Sakit

“True pain, hurting by somebody we love and care”

Sakit, luluh, kecik hati , kecewa dan perasaan bercampur baur. Mencuba menukarkan perasaan ini kepada perasaan syukur dan kemaafan.

“Saat orang lain menyakiti kita, berdoalah agar kita tidak melakukan perkara yang sama”

Kesakitan itu semakin kritikal apabila datangnya dari orang yang kita sayang. Kesakitan itu menjadi kanser kerana kita  silap meletakkan terlalu tinggi harapan kepada mereka yang kita sayang. Sehingga terlupa DIA yang yang memberikan kita cinta dan kasih sayang.

Pesan mak:
“Biar orang buat kita, jangan kita buat orang lain”.

Hati sangatlah lembut, mudah tersentuh. Ia juga antara yang cepat bolak-balikknya.

Jika menerima cacian, tukarlah ia kepada cucian. Cucian hati agar pengaharapan kita sepenuh pada-Nya. Pergantungan hanya pada-Nya

Usah mengharap orang lain akan memahami kita, memenuhi kehendak kita dan berbuat apa sahaja kemahuan kita. Itulah sifat EGO.

Kalian mungkin dengan teganya menghiris dan meyiat-yiat hati dan perasaanku, tapi aku tidak benarkan kalian menyentuh hati ini. Kerana ia milik dan pinjaman dari-Nya. Aku harus kembalikan ia didalam keadaan yang baik kepada-Nya.

Ya Allah jauhkan mereka yang membuatka aku hilang pergantungan kepada-Mu,
Sisihkan perasaan mengharap selain-Mu,

Secebis cinta dan kasih-sayang pemberian-Mu ini akan kuberikan tanpa syarat buat mereka yang mencintai-Mu,



Jangan bergantung pada aku,
Jangan bergantung pada kamu,
DIA.



No comments: