Seorang kakak
yang selalu memberikan aku nasihat mesej di facebook. Pesannya agar aku
memulakan amalan makanan sunnah bemula dari sekarang. Dia baru sahaja disahkan
mengandung sebulan. Alhamdulillah. Gembira sekali aku mendengar khabaran itu.
Sememangnya aku
memang pantang dengan supplement. Pantang nampak, mesti aku nak rembat. Dalam
asyik ambil supplement untuk kesihatan luaran dan dalaman. Terlupa makanan
sunnah yang terbaik dan sememangnya ada di dalam Al-Quran. Tetapi kenapa kita
masih ragu-ragu.
Aku sememangnya
mengamal pemakanan sunnah sejak dari degree, tetapi bila sudah ada
bermacam-macam supplement aku mula tinggalkan. Sehinggalah aku terjumpa vedio
Ustazah Hafizah tentang kebaikan pemakanan sunnah.
Sekarang yang
selalu aku amalkan dan tidak pernah tinggal. Susu kambing, kurma, pati delima
dan cuka epal. Ustazah pesan suruh minum minyak zaitun. Tetapi aku tak bias lakukan.
Sekarang pun sudah banyak minyak zaitun dan habatussauda di dalam kapsul.
Minyak zaitun dan minyak habatussauda aku jadikan seperti losyen. Sebelum tidur
buat macam losyen.Campur sedikit minyak zaitun dan minyak habatussauda dan
oleskan pada muka sebelum tidur dan selawat. Insya-Allah lihatlah kesannya
nanti.
Sekarang pun
aku jarang pakai krim muka dan bedak compact. Cuci muka pun sekali sehari pada
waktu pagi saja. Kalau masuk ladang kena buat rawatan lebihlah sebab muka aku
habislah kena sun burn.
Kebaikan minyak
zaitun dan habatussauda bolehlah kalian goggle. Boleh juga dijadikan minyak
urut dan juga untuk mencantikkan tumit yang pecah. Petua mak aku sejak aku
sekolah dulu, ambil madu campur dengan perahan limau nipis sedikit buat macam
masker. Mula-mula pedih sedikit, lama-lama baik. Untuk menyihatkan kulit muka.
Bagi yang ada masalah rambut, sapu dan urut minyak zaitun dirambut. Biarkan
semalaman dan bersihkan keesokan harinya. Laukan dalam tiga kali seminggu.
Rambut akan lebih sihat dan cantik.
Sewaktu aku
disurau bersembang dengan seorang kakak Indonesia. Umur dia sudah masuk ke 50
tahun tetapi nampak macam 30 tahun dan bertenaga. Aku tanyalah apa rahsianya.
Kakak Indonesia bagitahu mereka amalkan jamu sejak awal akil baligh. Tak mustahilah
kulit mereka mulus-mulus dan badan cantik walau sudah beranak ramai. Tetapi
orang kita belum kahwin sudah seperti beranak empat. Makan main rembat saja.
Badan kita ini
pinjaman dari Allah kenalah jaga baik-baik. Kembalikan kepada-Nya seperti mana
yang DIA beri pada asalnya.
Sambung balik
cerita kakak Indonesia tadi. Dia pesan orang wanita jangan makan benda-benda
sejuk dan tajam sebab tidak sesuai
dengan dalaman badan wanita. Makan sejuk dan tajam yang aku sempat tangkap; timun, tembikai, nanas,
betik, kubis dan lain-lain.
Katanya lagi
sejak dari anak dara kena jaga kesihatan. Supaya tidak timbul masalah selepas
kahwin. Dia sempat beri resepi jamu ringkas.
1.
Daun sireh
2. Sedikit
kunyit
3. Halia
4. Asam
jawa
5. Manjakani
6. Temu
kunci
7. Cekur
Resepi
diatas dimasak dan letakkan dalam botol dan letak dalam peti. Amaran: MANJAKANI
hanya untuk orang yang sudah berkahwin sahaja, yang belum berkahwin jangan
letak manjakani. Kunyit letak sedikit sahaja. Aku belum sempat pun nak masak
semua ini bagai. Makan jamu ekspress jawabnya.
Pesan
akak itu lagi, jangan sesuka hati beli jamu dikedai, kadang-kadang ianya
dicampur dengan bahan kimia dan proses pembuatannya diragui.
Orang
perempuan jangan malas bersenam, kurangkan makan fastfood, jangan minum air
bergas, banyakkan minum air putih, jangan tidur saja kerjanya (akulah tu -..-).
Semoga
Allah rezekikan kesihatan yang baik dan membuatkan kita lebih bersemangat dan
bertenaga untuk beramal ibadah kepadanya. Cantik dan sihat bukan untuk
ditunjuk-tunjuk tapi untuk disyukuri.
Banyakkan
makan makanan sunnah, elak makanan punah. Kerana dirimu begitu berharga.
Terima
kasih Allah, moga bermanfaat. Insya-Allah
No comments:
Post a Comment