May 7, 2014

Lepaskan

Hujan yang turun membasahi bumi 
seperti turut sama merasai hati yang menangis
  Seakan-akan tidak mahu berhenti
Menangislah hati dan terus menangis
 Bicaraku kaku,  rasa yang berbicara
Mesej itu betul-betul memalu hati.

Entah
Aku kurang pasti. Perasaan apakah ini.

Ya Allah seandainya aku ini bukanlah sahabat yang terbaik untuknya maka, engkau gantikanlah dengan seorang sahabat yang lebih baik. Agar sahabat aku terus tenang dan tersenyum

Ya Allah seadainya aku ini bukanlah teman yang terbaik untuknya, maka engkau gantikanlah dengan seorang teman yang lebih baik. Agarkan diri sentiasa memiliki kebahagiaan.

Sungguh,
Aku belum cukup baik, dan bukanlah yang terbaik…
Aku penat, aku lelah..
Aku mengaku pada-Mu
Sungguh aku tidak kuat tanpa-Mu
Jika aku terlalu tamak,
Maka engkau ambillah,
Kerana tiada satu milikku,
Aku kembalikan kepada-Mu,
Berilah ia kepada yang berhak,
Ajarkan aku berdikari,
Berdikari menjadi lebih matang,
Matang menghadapi apa yang mendatang,

Andai hati ini besi
Pasti aku tidak peduli semua itu
Tetapi hati ini terlalu ampuh
Hancurlah hati berkali-kali
Agar suatu hari nanti ianya akan terbuka
Sedikit demi sedikit
Dan kembali kepada pemilik-Nya

 Hati,
Jangan mengharap terus kepada mereka,
kelak akan kecewa,
cukuplah cinta-Nya memberi secebis sinar harapan

Aku bukan tuhan,
Kerna aku hamba-Nya,
Aku tidak mampu mengubah takdir-Nya
Tetapi aku belajar menerima takdir-Nya

Andai kejujuran yang dipersoalkan,
Aku hamba yang khilaf,
Mungkin sahaja penuh dengan penipuan,
Jangan pernah percaya aku,
Kerna engkau akan kecewa,
Teguhkah keyakinan pada tuhanmu,
Kerana mana mungkin Dia mengecewakan-Mu

Jangan percayakan aku,
Yakin  dengan tuhanmu.

Sahabat
Maafkan aku,
Aku cuba membimbing dan memimpin hatiku sendiri
Biarlah Dia yang mendidik hati ini

Teman
Maafkan aku,
Belum cukup sempurna untuk memikat keyakinanmu

Biarlah aku terbang bersama impianku
Terbang sehingga doa-doaku megepakkan sayapnya.

Andai ini kalam terakhir
Teruskan perjuangan kalian
Kalian tidak pernah hilang dalam doaku,





**Jangan percaya aku, yakin pada tuhanmu**



No comments: