May 10, 2014

Baby

Bismillah,

Minggu lepas aku mendapat wassup dari group sahabat yang memerlukan petugas untuk Program Tarbiyah. Aku diberi pilihan sama nak jadi petugas bahagian makanan atau bahagian nurseri. Dalam kepala aku nurseri pokok. Al-maklumlah budak ladang, kerjanya jaga anak pokok. Tapi tidak kali ini aku kena jaga anak orang.hihi

Lama sungguh aku tak menjaga baby. Last betul-betul aku jaga baby selepas diploma. Jadi babysitter untuk anak sedara pertama aku. Lepas tu aku dah tak jaga baby. Kadang-kadang saja tolong kakak aku urusakan anak-anak dia.

Moment paling kelakar hari ini. Apabila dua orang kanak-kanak berumur setahun setengah dan abangnya tiga tahun hanya tahu dan faham dialek kelantan. Mahu tergelak guling-guling aku bila dua orang kanak-kanak ni blur dan tak faham arahan dari petugas nurseri.

" Ina kau handle dua orang budak kelantan ni. Jenuh aku cakap. Satu benda pun tak respon". Sahabat aku sudah mati kutu.

" Abe nok gi mano ni? Duduk dengan Cik Na la deh. Umi tubik meta". Aku memujuk.

" Abe tokse, abe nok tubik". Mukanya garang betul. Aku nak tergelak pun ada. Petah betul.

" Abe sekoloh doh ko? Koloh mano?" Aku cuba menarik perhatian. 

" Abe koloh doh. Acik tau dok. Koloh abe ado sain tok mek, sain tok bah. Semo ado". Semangat sekali dia bercerita. Aku bagai nak pecah perut tergelak.

Serba sedikit aku belajar juga ilmu parenting dari kakak-kakak senior yang sudah ada baby. Allahurabbi...bau baby sangat menenangkan. Bauan dari syurga (^_^)

Aku menidurkan anak seorang kakak ni. Subhanallah comel sangat. Sopan pulak tu. Kecik-kecik sudah sopan. Patutlah mak dan ayahnya sopan. Anak aku nanti janganlah hyperactive macam aku penat dan main kejar-mengejar.hahah

"Akak comel sangat baby akak ni. Kita nak baby macam ni jugak". Aku yang mengada-ngada (-,,-)

"Insya-Allah Ina, amalkan baca surah Yusuf nanti ketika mengandung". Kakak itu tersenyum lembut. Persis kelembutan anaknya.

Pernah sekali aku cakap pada ayah aku,

"Ayah comel la baby, boleh tak payah kahwin lagi. Tapi jaga baby dulu". Aku mengada-ngada lagi.

" Ayah tak suka jaga anak orang lain, lebih baik jaga anak sendiri". Jawab ayahku sedikit tegas.

Seriously, rasa tak sabar nak ada baby sendiri bila tengok babies yang comel ni. geram..bam..bam..

Tenang dulu baby, Mummy sedang mempersiapkan diri. krik

sedikit perkongsian, abaikan status merapu di atas

Syeikh Bakr Abu Bakar berkata,

" Anak-anak adalah amanah ( titipan Allah ) kepada kedua ibu bapa atau orang yag bertanggungjawab atas urusan mereka. Maka syariat (Islam) mewajibkan mereka menunaikan amanah ini dengan mendidik mereka berdasarkan petunjuk (agama) Islam, serta mengajarkan kepada mereka hal-hal yang menjadi kewajipan mereka. Dalam urusan agama mahupun dunia".

Syeikh Muhammad Bin Shalih Al-Utsaimin menekankan ,

"Anak-anak pada awal pertumbuhan mereka, yang selalu bersama mereka  adalah seorang ibu, maka jika sang ibu memiliki akhlak dan perhatian yang baik, tentu mereka juga akan tumbuh dan berkembang dengan baik dalam asuhannya, dan ini akan memberikan kesan yang besar dalam pembentukan generasi Muslim".

Ibu adalah sebuah madrasah (tempat pendidikan) yang betul jika kamu menyiapkannya.
Ibu adalah madrasah awal pembentukan anak-anak.




Anak kecil itu akan tumbuh dewasa di atas apa yang terbiasa (didapatkannya) dari ibu dan bapanya. Sesungguhnya di atas akarnyalah pohon itu akan tumbuh.



Petikan dari buku baru beli : Bidadari Dari Negeri 1000 Menara, Munif Sulaiman.

Pinjam baby Kak Sarah, Faris. dah minta izin (>.<)




Terima Kasih ya Allah,
Semoga bermanfaat.


Sebelum menjadi ibu, aku mahu menjadi anak yang terbaik buat ibu dan ayah.
Walau selepas menjadi ibu, aku tetap mahu menjadi anak yang baik buat mereka
Terima kasih atas didikan kalian selama ini.


No comments: