March 13, 2014

Cerita ina

Alhamdulillah hari ini labwork berjalan lancar, walau macam-macam barang aku jatuhkan dan sepahkan. Rasa macam semua benda aku jatuhkan. Pembantu makmal hanya mengeleng kepala melihat perangai aku yang clumsy. Aku pun hairan kenapalah dengan aku ni. Ada saja benda yang tersilap aku buat. Adeh sabar jela. Mungkin clumsy sikit tapi semua persiapan rapi aku telah rancang.

" Kak ina pakai gloves".
"Kak ina hati-hati".
" kak ina panas tu".

Aku hanya mengikut arahan sebagai pelajar dan belajar untuk membuat yang terbaik. Aku takut perkara yang sama berlaku gloves terbakar. HSebelum ini tangan aku pernah melecur sebab tersambar api.  Dan aku menumpahkan air yang mendidih hampir terkena kaki.huhu. Supervisor aku pun mengeleng kepala dan dan menarik nafas panjang dengan aku yang agak lambat pickup. Especially bab kira-kira. Sampai satu tahap.

" Tak apalah Hazlina, biar saya kira dulu".

Aku hanya melihat supervisor aku menekan-nekan kalkulator. Adeh student apakah aku ni. Syukur juga Allah kurniakan supervisor yang tak pernah marah dengan sikap aku bahkan selalu memberi peluang untuk aku belajar dari kesilapan. Terima kasih Doktor, insya-Allah saya buat terbaik dan menjaga nama baik doktor. Aku kadang-kadang hairan juga kenapa clumsy itu berlaku time tu. =..="

Yang paling kelakar, aku tidak keseorangan. Ada juga geng-geng clumsy yang lain.haha..Its ok, mungkin itu kelemahan yang boleh dikawal lagi. Moga Allah kurniakan orang yang kuat kesabarannya untuk bersamaku.

Petang tadi aku request nak balik awal sebab nak baiki motor, motor cabuk aku dah macam demam kena jerebu.

"Awak ni tau naik je ke motor? teruk betul dah motor ni". Uncle Cina membebel. Aku hanya tersengih-sengih

"Sorry Uncle, saya tahu naik je. Nak tengok-tengok benda tu semua saya tak tahu". Ahh..malunya, semua pekerja di situ mengeleng kepala.

Setiap bulan yang aku tahu tukar minyak hitam, minyak gear dan pam angin itu je. Basuh motor pun dah jarang, sebab tinggal kat rumah flat susah sikit. Nak cuci kat carwash, aku malu sebab selalu ramai lelaki. kat carwash. Selalu mula-mula semangat nak pergi carwash alih-alih aku u-turn balik semula tak jadi cuci motor. Ceh...malu tak bertempat.

Waktu motor rosak macam ni aku mula teringat ayah dan abang ipar. Selalu bab-bab repair doranglah yang expert. Penting peranan lelaki disini. Bila tinggal di rumah sewa pintu terkunci dalam, bejam-jam kami pecahkan tombol pintu, bila lampu rosak berhari-hari baru boleh cari orang tolong repair. Sobs3...Memang menjadi indipendent itu perlu tetapi certain perkara yang memerlukan tenaga mahir lelaki saya memang surrender.

Teringat waktu nak balik dari pejabat seorang kakak tegur,

"Ina bagus ya, berdikari. Akak ni asyik kena bergantung kat suami je. Kadang-kadang nak pergi mana-mana pun susah". Aku hanya senyum.

Sebenarnya bukan isu berdikari, bila kita kita tiada pilihan. Maka kita kena cipta pilihan sendiri. Dan pilihan yang sebenarnya dari Allah. Akak patut bersyukur kerana balik dan pergi ofis suami yang jemput. Keselamatan terjamin. Saya pun bersyukur sebab naik motor jalan jem senang nak mencelah.hihi

Penting juga untuk wanita berdikari, contohnya takut bawa kereta. Jika berlaku emergency suami atau anak-anak sakit mengejut siapa nak bawa kereta?

Dan peranan wanita dan lelaki sama pentingnya. Dan saya rasa saya banyak merapu disini. Ok nak cerita tu je. Bai

Doakan perjalanan research master saya berjalan lancar, dapat graduate on time, kahwin on time, semestinya mati pun on time. 

#Pray4MH370#

No comments: