“Kak bagi saya warna tudung kak tu terang sangat. Tudung
labuh warna purple lembut cantik” Adik
lelaki menegur memahami tanggungjawabnya sebagai anak lelaki.
“ Kak jaga ikhtilat di alam maya, belum halal jangan sesuka
hati chatting” Adik lelaki menegur lagi. Tidak mahu aku terhanyut.Huhu,tersentap.
“ Kak jika lelaki hanya berhubung perkara tidak perlu, jangan
dilayan” Pesan adik perempuan.
“Kak jaga tingkah
laku”. Adik menegur lagi, sememangnya sikap yang terover ini sukar untuk
dibendung.
“Bersabar kak, mungkin ini tempoh ujian buat kak”. Adik
perempuan yang ceria tersenyum.
“Ayah tak suka jika berkawan dengan lelaki tanpa pengetahuan
ayah. Jika suka suruh dia datang jumpa ayah”. Tegas kasih seorang Wali.
Benarlah, seperti tidak sopan jika melangkaui wali. Itulah pesan ayah buat kami
anak perempuanya,
“ Yang penting pilih yang ada agamanya”. Suara ibu
terngiang-ngiang.
“ Jangan risau, fikir belajar je” Ibu tersenyum. Ternampak
kedutan di dahinya.
Saat putus asa untuk sambung belajar,
“ Bersabar na, ni peluang Allah bagi. Sabar”. Kakak
kesayangan memberi semangat.
“ kak ja support sikit kewangan, teruskan belajar”. Terus
termotivasi.
Teringat saat tasmid al-Fatihah dengan adik lelaki,
“Kak hati-hati dengan bacaan panjang pendek tu”
Saat membaca surah Maryam, terasa sedikit sukar. Adik
perempuan memberi semangat dan memerhati bacaanku.
“ Takpe kak, baca slow-slow”. Aku tersenyum dan meneruskan mengaji
Satu persatu moment hadir, senyuman ibu ayah , adik beradik menjengah ke minda. Aku tersenyum.
Kerana aku ini pendosa, Allah hadirkan insan-insan yang mengingatiku. Sangat
kurindukan moment-moment itu.
Terus aku capture satu persatu moment itu, disimpan baik
supaya aku tidak lupa dan alpa. Sayangnya Allah kepada diri yang dhoif ini,
terima kasih Allah. Hadirkan mereka-mereka ini. Ya Allah kumpulkan kami
bersama-sama di JannahMu kelak. Aminn
No comments:
Post a Comment