January 29, 2014

Freedom

Kehidupan aku sebelum ini terasa seperti diatur oleh orang lain, tidak seronok. Walau perkara kecil. Aku merasakan hidup ini kosong.

Aku hidup dengan kata-kata dan pilihan orang lain, aku menyekat impian dan dan keinginan aku sendiri kerana kata-kata orang lain. Aku begitu takut untuk memgikut suara hati sendiri. Ketidakyakinan, rendah diri dan ketakutan membelenggu diri.

" Takpe letak profile picture gambar sendiri, awak bukan tak menutup aurat. At least orang tengok, terasa ingin menutup aurat".

"Ish2...muslimah tak elok letak profile picture, fitnah-fitnah. Masuk neraka nanti"

Aku terkedu..banyak sungguh scriptwriting. Hati seperti bisu, senyap tanpa jawapan.


"wah  labuh beno tudung, kalah ustazah".

"Amboih, kemain sekarang pakai shawl. Dah macam artis".

Aku tertunduk, rasa down.

"Kenapa susah-sudah sangat amek tahu pasal non muslim, yang muslim ramai pun terabai".

Terbanyang satu-satu wajah-wajah kawan-kawan aku yang non muslim, salahkan aku? Salahkah mereka?

Satu persatu memori seperti ditayang-tayang di kotak fikiran aku. Dan aku mula mencari sendiri. Pesanan coach, hentikalah hidup dari scriptwriting kehidupan orang lain, ikutlah scrpitwring kehidupan sendiri. Tanyalah hati, dah ikut syariat. Selagimana perkara itu tidak melanggar syariat yang Allah
gariskan teruskan. Ingat juga matlamat tidak menghalalkan cara.
jika terus mendengar kata-kata orang lain maka tidak kemana.

Saya mula terfikir-fikir untuk upload gambar di facebook, gambar itu sewaktu kami ke program Amazing Goal Praying. Tujuan asal saya meletakkan gambar itu untuk inspiring sahabat dan memberi inspirasi kepada sahabat-sahabat.

Dan seorang kakak terasa berasa bersalah,

"Ina akak rasa malu la letak gambar kita kat facebook"

Saya membalas,
"kak gambar kita tak menutup auratkah?menggodakah kita dalam gambar itu?"

Dan kakak itu meluahkankan,
"Jika itu pun kita malu macam mana nak jadi public figure dan coach orang lain, macam mana nak beri awareness dan kesedaran kepada orang lain. InshaAllah lihat dari sudut abundance bersyariat."

Teringat pesanan sahabat,

Kenapa malu untuk berbuat kebaikan?
Takut orang kata hipokrit.

Dah tu

Kalau buat maksiat?
Tak rasa malu ke?
Orang tak mengatakah?


Kesian pula melihat golongan-golongan yang menyangka diri merekalah yang paling hebat ilmunya, menghentam dan menghukum sesuka hati. 

Sedangkan terperangkap dengan keegoan diri sendiri.

Dan sekarang, saya berusaha memecahkan dan melawan keegoan diri sendiri. Kerana begitu ramai manusia yang terperangkap di dalam penjara keegoan diri sendiri.

Dan kini saya menemui kebebasan,
dan belajar untuk terus bebas,
Bebas dari pergantungan kepada manusia, harta dan dunia,
Hanya meletakkan pergantungan total kepada Allah,

Dan saat itu diri ini seperti diawang-awangan,
Terbang tanpa batas,

Saya bebas.



Ya Allah kuserahkan hidupku ini kepadaMu. 




No comments: