Alhamdulillah, sampai juga ke Bangi dengan menaiki komuter. Padang Jawa---> KL Sentral---> UKM. Walaupun demam masih belum baik Allah mempermudahkan perjalanan pulang. Sejujurnya saya takut naik komuter sendiri tanpa teman, tapi apakan daya.
Hanya saya bersendirian. Cukup Allah peneman saya sepanjang perjalanan. Teringat pertama kali naik komuter ke Shah Alam, saya tak larat nak bawak motor kerana ketika itu demam teruk lagi, tapi memandangkan keesokannya saya mesti membentangkan Proposal Master saya, maka digagahi juga. Dan saya tak perasan komuter ada sediakan coach untuk perempuan dan saya tersalah masuk ke coach yang bercampur lelaki dan perempuan, Allahurabbi. Rasa sangat malu..sobs2
Tapi kebetulan selang satu kerusi tempat duduk saya seorang lelaki Arab, dia menghormati saya dan kerusi disebelah saya dikosongkan. Alhamdulillah rasa selamat, ada hikmahnya Allah menyuruh kita menutup aurat dengan sempurna. Hijab itu menjadi penyelamat, akan tetapi post kali ini saya bukan nak share pasal komuter.hehe..
Sampai je rumah saya mengemas koleksi buku-buku saya,rak buku dah macam tak tersusun dah. Adeh.
Seronok dapat baca balik buku-buku lama. Dah lunyai pun ada. Dan berniat untuk membeli buku hari ini. Petang tu pulak saya ke Galeri Buku Syabab, kat Pkns Bandar Baru Bangi. Tempat yang paling saya suka kedai buku, tak dapat beli, cium bau buku pun jadilah.hehe
Last buku baru saya baca tulisan dari Bonda Nor, Saya Tunggu Awak. Hadiah dari teman. Menanti jugak kalau ada sahabat-sahabat lain nak hadiahkan buku ke..wink2 (^_^)
Banyak buku nak beli tapi hati saya tertarik pada dua buku ni. Amalan 24 Jam Wanita Haid dan Saat Cinta Datang Belum Pada Waktunya. Sebenarnya nak cari buku Fikih Taharah, tulisan Dr.Yusuf Al Qardawi. Tetapi bulan depan InshaAllah sebab buku tu kena beli online. Moga Allah mengizinkan. Saya harapkan Allah memberi ruang dan peluang dengan sisa-sisa hidup saya ini untuk mempelajari dan mencari lebih banyak ilmu yang bermanfaat. Agar dengan ilmu ini saya dapat menyumbang kepada Islam meskipun hanya secebis.
![]() |
| Dari sebarkan bahagia online |
Ini antara koleksi buku yang ada kat rumah sewa, sapa-sapa nak pinjam bgtau ea =)
Sebenarnya saya nak mengulas buku dan share satu topik menarik. Seorang rakan saya request untuk update kat blog, inshaAllah saya akan update next time (^_^)
Moga bermanfaat,
Ina Abdullah

.jpg)


No comments:
Post a Comment