Bismillahirahmanirahim..maybe dari dulu lagi perlu diperkatakan namun memerlukan kekuatan menjaga hati semua pihak. Moga Allah memberi rahmat memberi petunjuk.
Soal jodoh tidak boleh dipaksa, Allah juga yang memegang hati-hati kita semua. Post ini bertujuan untuk memberi pencerahan kepada insan berkenaan persoalan yang kadang-kadang mungkin sukar diluahkan dengan lisan yang kaku.
Wanita ini sememangnya makhluk emosi, manakala lelaki makhluk akal. Di mana kekadang pemikiran dan percakapan wanita itu beremosi dan diselangi dengan air mata. Hopefully post ini bukanlah berasakan emosi saya semata.
" Maaf buat ketika ini saya mahu tumpukan cinta saya buat Pencipta saya, Rasululullah dan perjuangan serta kedua buah hati saya (mak dan ayah). Sememangnya fokus buat masa ini pada pengajian saya, fokus untuk grade on time dan hadiahkan kejayaan ini buat mak dan ayah dan ingin menjadi contoh yang terbaik untuk adik-adik saya"
Antara asbab yang saya point out di sini dari sahabat saya dan dari saya sendiri. Menolak bersebab:
1. Dia yang Utama
Surah Al-Isra: 32
Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat ( yang membawa kerosakan).
Jelas ayat di atas menerangkan keburukan menghampiri zina. Cinta?
Yes.. ia menghampiri zina.
Cinta-cinta only after halal or nikah. Other than that, sorry saya tak dapat terima.. Maafkan saya andai saya pernah dikatakan mencuri hati hati lain kerana saya tidak pernah terniat dan tidak mengetahui perkara itu akan berlaku. Cukuplah Allah menjadi pemilik hati kita yang hakiki.
Saya sikit pun tidak terasa bila mana ada yang memandang rendah mengatakan saya kolot tiada boyfriend dan menyatakan saya jual mahal. Sememangnya muslimah itu kena mahal kan?
2. Propose directly
Saya tak suka cara ini, macam tidak kehormat. Macam membelakangkan wali or my hero saya, macam..macam..macam geli pon ada..hoho(=..=)"
Sekarang ramai je orang main propose-propose siap buat vedio bagai, tapi berapa ramai yang berani untuk propose depan wali perempuan itu sendiri. Cara ini lebih kehormat dan menunjukkan peribadi anda menghormati perempuan tersebut. Saya lebih yakin dengan seseorang lelaki itu bilamana wali saya yakin dengannya.
![]() |
| Wali & Hero Saya.. (^_^) |
Dan menggunakan perantaraan, mean ada orang yang akan memperkenalkan dan tidaklah hanya berdua sahaja. Seperti yang dilakukan Siti Khadijah dimana perantaraannya Masyitah..or pentaaruf yang dipercayai.
#Pesanan untuk Muslimah#
Jika seseorang lelaki itu elok akhlak agamanya kenapa harus dibiarkan?Nanti menangis tak berlahu..hehe gunakan orang tengah, tiada istilah perigi mencari timba atau jatuhnya maruah seorang perempuan itu, perempuan yang meminang lelaki dia tahu apa yang sepatutnya dia miliki. Moga Allah meredhai wanita-wanita ini.
Kalau suka, jumpa ayah saya ok, tapi sayang tiada yang berani. Kalau tak berani kenapa memilih untuk bercinta? Nak cari murka Allah ke Cik Abang oit..
3. Saya belum lagi bersedia sepenuhnya untuk kawen
Mungkin sahabat-sahabat dan rakan-rakan sebaya saya sudah ramai yang berumah tangga dan sudah mempunyai zuriat. Namun kenapa saya tidak memilih jalan yang sama?
Sekarang saya masih dalam pengajian master saya, ada sahaja orang yang belajar dan kawen. Tetapi saya memilih untuk fokus study dulu. Saya ingin hadiahkan kejayaan ini buat dua insan tersayang saya yang banyak berkorban untuk saya selama ini. Perkahwinan juga merupakan komitmen. InshaAllah Allah tahu bila kita bersedia atau tidak..=)
4. Anda tidak berada di saff perjuangan seperti yang saya tempuhi
Kehidupan saya mula bertambah baik dan saya belajar untuk menjadi muslimah yang sebaiknya dengan permulaan mengenali perjuangan ini.
Penah, lelah, sakit jerih di jalan ini dirasai diri dan sahabat seperjuangan.
Jika awak tidak memahami apa yang saya lalui ini mampukah awak menguatkan saya di saat saya lemah dan jatuh?
Bagaimana saya mahu menjadi sayap kiri PERJUANGAN andai suami saya tidak bersama berada di dalam jalan yang sama?
Bagaimana mahu mendidik mujahid kecil mengenal perjuangan nanti jika "abi" nya tidak pernah mengenal tentang PERJUANGAN itu sendiri?
Maafkan saya kerana tiada apa-apa yang istimewa di dalam diri ini untuk menolak kalian, namun saya mementingkan teman hidup yang sama fikrahnya. Kerana itu kriteria utama pemilihan suami saya orang yang jelas fikrahnya dan sanggup mewakafkan diri di jalan Allah saat susah mahupun senang. Saya tidak menharapkan dia mempunyai harta bertimbun-timbun or pangkat yang tinggi-tinggi. Yang harapkan agar generasi yang akan dilahirkan nanti mampu penyambung perjuangan Rasulullah. InshaAllah.
5. Kisah silam saya
Usah dilihat siapa saya sebelum ini, kerana saya juga hamba Allah yang tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan. Setiap perkara yang berlaku ada asbabnya, buku lama kisah silam saya sudah lama saya campakan ke lautan yang paling dalam..hoho.. Saya yang dulu bukan lagi yang sekarang. Mungkin ketegasan menjadi persoalan tetapi saya perlukan itu kerana bagi saya ia dapat membantu saya melindungi diri ini dan menjadi muslimah yang lebih baik. InshaAllah.
Last but not least.
Saya memohon kemaafan atas post ini, tiada niat untuk mengaibkan sesiapa, cuma ingin memberi pencerahan agar kalian tidak tersalah anggap dengan diri yang penuh khilaf ini. Usah sibuk mencari yang soleh / solehah. Pesanan adik saya soleh/ solehah diri dulu. Cari ilmu sebanyak mungkin, dekatkan diri dengan Allah. Jika ingin propose gunakan cara yang kehormat yang Islam telah gariskan. Moga perhubungan lebih diberkati Allah. Jika memandang tinggi seorang hawa itu, sila gunakan cara yang kehormat.
Moga Allah memberi hawa yang lebih baik yang bakal menenangkan hati kalian.
Mungkin ini post pertama dan terakhirnya pasal benda ni semua. erk (macam geli pulok).huhu
Tidak menerima dirimu tidak bererti dirimu tidak bagus,
Akan tetapi diri ini masih lagi dalam proses membina diri,
Moga menjadi pejuang Agama, InshaAllah,
Dan kuserahkan segalanya padaNYA.
JODOH DAN KEMATIAN ITU RAHSIA ALLAH





2 comments:
;-)
@Ika Sean
(^_^)
Post a Comment