November 18, 2013

Supervisor oh Supervisor

Memilih supervisor

Topik kali ini saya ingin ketengahkan berkenaan pemilihan supervisor atau penyelia. Tidak kira korang student undergraduate, master mahupun PHD sekalipun. Perjalanan research takkan berlaku tanpa supervisor.

Pemilihan supervisor di peringkat awal sangat penting, kerana sebagai contoh jika saya perlu meyiapkan research saya selama 2 tahun, maka supervisor itulah yang akan bersama saya selama dua tahun tersebut.

Sebelum ini saya pernah attend seminar Institute Graduate Studies yang mana membincangkan kriteria supervisor untuk kita pilih. Ingatan! Kita berhak untuk memilih supervisor =)

Supervisor “orang lama”
Jika korang membuat pilihan untuk memilih supervisor yang sudah lama bertapak di kampus korang ada pro and cons.
  •        Selalunya supervisor yang otai ni dorang akan pegang jawatan dalam fakulti atau jabatan dan kadang-kadang dorang agak sibuk, so nak jumpa dorang pun kena buat appointment baik punya.
  •           Beruntung, sebab selalu nya supervisor otai dah banyak supervise student sebelum ni dan mungkin dia sudah arif dengan field study korang.
  •         Kurang membantu, maksud saya bukan tidak menolong. Tetapi dorang akan lebih mahu korang independent buat buat research korang. Kalau korang masih baru dengan field study baru. Memang masak la! Hehe

Supervisor Muda

  •           Supervisor muda mungkin dorang baru je masuk fakulti dan kurang sibuk, korang akan lebih dapat masa untuk bersama membincangkan research study korang.
  •       Orang muda selalu semangat untuk buat kerja, so jika supervisor tu suka membantu sangat beruntungla.
  •      Kurang pengalaman, ini masalah untuk supervisor baru sebab kadang-kadang dorang tidak expert sangat dalam sesuatu field tu.
  •          Senang untuk berbincang,mungkin sebab jarak umur yang dekat so korang lebih selesa untuk berbincang.

Lain-lain
  1.   Sebelum korang pilih supervisor, cubalah usha2 dengan  student-student lain yang pernah buat research, tengok supervisor mana yangs sesuai dengan korang.
  2.   Jangan pernah ada hubungan istimewa dengan supervisor korang..hoho, nak cinta-cinta lepas study la weh.
  3.  Elakkan pertelingkahan dan pergaduhan dengan supervisor korang, takut nanti effect kat research dan emosi korang sendiri
  4. Jaga hubungan baik dengan supervisor korang
  5. Jika ada pendapat kemukakan kepada supervisor, dan jika supervisor tak setuju korang tak payah la nak bertengkak jugak nak menang.
  6. Korang boleh dapat dua supervisor, sorang yang otai sorang yang baru. Mungkin salah sorang akan jadi supervisor dan co supervisor, sebab saya ada dua-dua sekali. Alhamdulillah, =)
  7.  Kalau supervisor korang macam tak berapa expert dalam field korang, cepat2 cari co supervisor.

Sekarang status saya : Relationship with my thesis =P


-          Last but not least, sentiasa doakan supervisor agar tiap kali jumpa  hati dia tenang je tengok muka korang..hehe dan sepanjang perjalanan research berjalan lancar. InshaAllah.

Ok setakat ini dulu untuk conteng-conteng sebagai first year student (maaf masih baru lagi), jika korang ada pendapat dan komen jom sama-sama share dan berkongsi. Maafkan saya jika ada yang terasa dengan post ini ke.hoho. Doakan saya, 27 Nov 2013 ni akan menghadapi  presentation Defense Proposal Research, sekarang masih on going siapkan slide.

Hopefully korang enjoy dengan research korang, InshaAllah teruskan berusaha, 

Allah sentiasa membantu orang yang berjihad di jalan Allah dalam mencari Ilmu, Allah tidak mejanjikan perjalanan mencari Ilmu itu mudah, namun yakinlah pertolongan Allah sentiasa datang tanpa kita sedari dan kadang-kadang kita tidak pernah bersyukur,



All da best for our research, May Allah bless (^^)

To be, InshaALLAH.Mohon doanya =)

No comments: