April 22, 2013

Tanya si Dia

"Awak apa keputusan yang perlu saya buat" kawan saya bertanya. Menuntut jawapan dari saya.
"Awak tanya saya?" saya menjawab malas
"Yelah, siapa ada lagi kat sini". Kelihatan wajah stress kawan saya.Saya menyakat
"Pilihan awak awak lah buat keputusan, kenapa tanya saya pulak". saya menjawab dengan statement yang kejam..hehe
"Hurm, tak apela awak". kawan saya termenung jauh.

"Awak sebelum buat keputusan pernah tanya Allah tak" saya tersenyum.
" Tanya Allah?" muka kawan saya berubah.

Apabila kawan saya bertanya tentang membuat pilihan dan keputusan saya terfikir, kita begitu penat memikirkan keputusan dan pilihan yang harus dibuat sehingga menimbulkan tekanan kepada diri. Sehingga kita terlupa untuk bertanya kepada Allah.

Sahabat-sahabat, adik-adik tahu tak?
Allah awal-awal dah tahu keputusan kita dan sudah plan untuk kita. Tinggal untuk kita berusaha dan kesediaan kita.

Jika membuat keputusan dan pilihan, orang-orang yang berilmu ustaz mengesyorkan untuk kita istikarah dan istisyarah. Apa itu istikarah? istisyarah? goggle cari sendiri..hehe

Istikarah kita memohon petunjuk dari Allah, manakala istisyarah ialah kita membuat perbincangan dengan orang terdekat kita seperti family baik dan buruk sesuatu keputusan tersebut.

Dari Ustaz Hasrizal,
 ISTISYARAH= "Usaha kumpul pendapat antara pro dan kontra sesuatu keputusan:. Mesyuarat (Usaha)
 
Istikarah dan istisyarah bukan sahaja melibatkan soal jodoh, tetapi semua perkara dalam kehidupan. Bukankah setiap hari dalam kehidupan kita perlu memilih?

Even memilih pasangan, kerjaya, kereta, belajar or everything.

Seorang sahabat saya melazimi untuk melakukan solat istikarah setiap hari, alhamdulillah saya juga dalam proses melazimi solat sunat istikarah, boleh dilakukan bila-bila masa, untuk Allah permudahkan urusan kita setiap masa.

Membuat keputusan juga jangan lah terlalu mengikut-mengikut orang, saya perasan diri saya sebelum ini sering ikut-ikut keputusan orang lain sampai saya mengambaikan kehendak saya sendiri.

Pesanan untuk saya dan sahabat-sahabat saya, cubalah untuk membuat keputusan sendiri dan membuat keputusan dengan lebih matang, Ya..memang perlu untuk meminta pendapat dan pandangan orang lain. tapi jangan membuat keputusan ikut-ikut orang kerana ia akan memusnahkan dan menyeksa diri anda sendiri.

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=237880633003672&set=pb.165293656929037.-2207520000.1366654479.&type=3&src=http%3A%2F%2Fsphotos-c.ak.fbcdn.net%2Fhphotos-ak-prn1%2F67499_237880633003672_897022616_n.jpg&size=403%2C403



Cuba untuk membuat keputusan sendiri,

Ingat, keputusan yang kita buat hari ini akan memberi kesan kepada kehidupan pada masa akan datang, tiada orang yang dapat buat keputusan untuk diri kita melainkan kita sendiri.


Kepada sahabat saya, mohon maaf atas nasihat saya yang agak direct to point dan agak sentap, heheh
baik sentap sekarang dari sentap pada masa akan akan datang,
Wish all da best untuk awak, Insyallah Allah already plan something better for you^^

_sayang awak fillah_  Untuk sahabat saya: kekasih sejati (maksud nama sahabat saya..hehe)

ina abdullah

No comments: