April 18, 2013

Sharing Session

Alhamdulillah malam tadi kami peserta dana mobiliti Pelajar tajaan full dari JPA dapat memenuhi amanah terakhir untuk sharing session bersama rakan-rakan fakulti dan juga lecturer. Mungkin program itu sudah berakhir pada bulan 12 tahun lepas. tetapi disebabkan kekangan masa, kami tidak dapat untuk present lebih awal.

Terima kasih banyak kepada Dekan, Dr. Asmah, En. Faizal, atas segala sokongan untuk membolehkan kami ke Bogor Indonesia. Kepada geng2 Uitm Perlis dan geng2 Uitm Arau terima kasih atas pengalaman sepanjang berada di Indonesia.Untuk rakan-rakan fakulti berjuta kemaafan dari pihak kami kerana promotion pasal perkara ni agak terlewat.


sory promotion lambat,huhu



Teringat pengalaman sebelum ke Indonesia, kami perlu melalui sesi interview bersama timbalan dekan dan beberapa lecturer lain. Waktu itu batch saya sibuk menyiapkan final year project masing-masing. Pada sesi interview rakan-rakan batch saya semuanya menarik diri. Akan tetapi, saya tetap ingin ke Indonesia walau apa terjadi. Untuk ke program ini hanya pelajar cemerlang cgpa 3.50 ke atas dan aktif dengan aktiviti akan terpilih.Mungkin persaingan agak sengit, tetapi keyakinan saya amat kuat. Saya akan pasti lulus interview.

Alhamdulillah seminggu selepas interview, saya dimaklumkan saya telah terpilih untuk ke Indonesia, yang paling best presentation untuk final year project saya ditangguhkan. I am very happy..hehe, supervisor saya juga sangat memberi sokongan penuh.

Saya diamanahkan untuk menbentangkan tentang conference yang kami join. Seriously memang best sangat dapat join conference tu, banyak information terkini dan global yang kita dapat. Untuk join conference ni perlu bayaran RM500 per person, tapi kami bertuah kerana mengikuti program dana mobilti, so free la..lalalal^^

Apabila melihat semua orang hebat-hebat present research paper dan poster masing-masing. hati saya terdetik,  " Satu hari nanti aku akan pastikan aku salah seorang yang akan berada di hadapan tu dan akan present paper aku sendiri"-->ingat ina pegang kata-kata anda.

Pesanan saya buat adik-adik dan kawan-kawan, jangan cepat give up, cuba untuk jadi diri sendiri, jangan jadi pak turut ikut keputusan orang lain, buat keputusan sendiri.

Sebelum ini saya seorang yang jenis takut untuk melontarkan idea, takut untuk berkomunikasi dengan orang yg hebat, suka buat keputusan ikut-ikut orang. Sampaikan saya tak tahu di mana diri saya. Tapi kini saya sedang cuba untuk menjadi diri saya sendiri, saya ingin jadi orang yang berjaya, bukan orang yang gagal kerana tidak pernah cuba mencari identiti diri sendiri.

Pemandangan dari atas Jakarta



Lab Nematologi, lab yg tercanggih di Indonesia. Kami dapat melihat spesies nematode dengan jelas.      


With our lecturer, after conference session^^
At Farm University, di sini ada lebih banyak organic farming, also have a crystal guava..sweet sangat^^
Bersama rakan-rakan dari Fakultas Soil Science
Before balik ke Malaysia, kami di invite untuk ke makan malam dan malam kebudayaan^^
Masjid kat Indonesia tapi lupa nama ape..huhu
At Lab Entomology, cantik kan..hehe
makan-makan di Bandung
Dah tak larat nak sharing dengan pic, sebab terlalu banyak sangat, banyak pengalaman yang best di sepanjang di Indonesia, insyallah Indonesia I will be come back later.

Next place..Australia maybe my target..hehe

Apa pun semestinya mahu ke Tanah Suci Mekah jugak!

Jangan fikirkan halangan, jadi diri sendiri, yakin dengan diri, insyallah kita akan berjaya,,, gambate kawan2!!

Jangan lupa balik mengundi^^

ina abdullah

No comments: