Sahabat baik baru sahaja sms,lecturer mintak final draf thesis..alhamdulillah dah sent.
Terima kasih Allah kerana bagi supervisor yang memahami.Proposal,thesis dan kerja-kerja lain menyebabkan saya rasa tak senang dok kat rumah lama-lama.Memandangkan keadaan sudah bertambah baik.diri ini ingin kembali menunaikan amanah yang tertangguh.
"mek boleh nak balik shah alam" pinta kepada ibuku.
"Tunggulah dua tiga hari lagi,biar betul-betul sihat".wajah kerisauan ibu terukir.saya hanya menggangguk perlahan.
kasih seorang ibu..
Ya Allah engkau berilah segala kesakitan yang menimpa anakku kepadaku,biarlah aku yang menanggung segala kesakitannya itu.Aku tidak sanggup melihat keadaanya begitu.
Ingin menitis mutiara jernih di pipi ini..
That right,kasih ibu unlimited.....
Selama ini saya tidak concern dengan mereka di persekitaran saya.saya merasakan semua orang sibuk dengan hal masing-masing.Apa pun hak sahabat2 tetap ditunaikan.Apabila keadaan diri sangat teruk sebelum ini,sahabat-sahabat inilah yang menjaga saya siang dan malam.Melayan karenah saya dan membawa saya mendapatkan rawatan.syukran sahabat-sahabat,saya akan jadi saksi nanti dihadapan Allah bahawa tidak mengabaikan saya.
Saya pendapat ibrah dari perkara ini juga,bagi saya ianya satu peringatan buat saya dan sahabat-sahabat
kalau sebelum ini mungkin mathurat tak cukup 2 kali sehari,solat sunat kurang,dan perkara lain diambil mudah.Mungkin dhuha,solat taubat dan witir sudah menjadi amalan,namun tidak mencukupi untuk kekuatan rohani.
Dalam melalui ranjau perjuangan yang penug onak duri,kekuatan fizikal tidak mencukupi,kekuatan rohani dan spiritual lah yang menjadi kekuatan dan benteng utama.Ustaz berpesan,lazimi diri untuk mempertingkatkan amalan bagi mendapat kekuatan rohani.Lawan rasa malas.
Pengajaran lain,berhati-hati juga dengan orang-orang di sekeliling kita.Bersangka baik memang perlu bagi seorang muslim,namun sikap waspada juga harus ada.Janganlah kita mengkhianati atau ingin mendapat manfaat dengan jalan kotor dan pertolongan selain Allah,syirik perbuatan itu.Ya Allah berilah hidayah kepada mereka dan kami jua.
Kekuatan dan keyakinan saya pada Allah semakin teguh dan bertambah,kerana merasakan ini adalah nikmat tarbiyah dari Allah..
Terima kasih Allah atas peringatan ini...sayang Allah tau^^
No comments:
Post a Comment