February 11, 2013

ABC

When ABC

Bismillahirrahmanirahim..

Post ni special untuk kaum hawa yang Allah jadikan sangat unik.kaum adam juga digalakkan juga mendapatkan info mybe boleh share dengan family also wife.

ABC?
A=Allah,B=bagi,C=cuti…

dalam sebulan Allah pasti akan bagi cuti untuk kaum hawa ni selama lebih kurang seminggu.Namun apa aktiviti yang nak dibuat time ni?

Sahabat2 yang disayangi jangan dibiarkan rohani kita itu kosong disebabkan ABC ni^^
Sedikit perkongsian dari buku

DOA & ZIKIR KHUSUS UNTUK WANITA HAID….penulis:Ustaz Kumudh Asmadi Kumohd Saad




Dalam ajaran Islam,perempuan yang sedang haid boleh melakukan aktiviti seperti biasa,kecuali beberapa perkara ini:

1  Solat
2   Puasa
3   Tawaf
4   Bersama suami isteri
5  Talak
6    Menyentuh dan baca al-quran
7    Masuk or duduk dalam masjid

Larangan perkara di atas bukanlah bermakna seorang perempuan itu dijauhkan daripada mendapatkan pahala dan mendekati Allah,ada yg beranggapan time ni Allah bagi istirehat dalam beribadah sehingga terasa kosong secara spiritual.Seperti ibadah itu beban,bukan tanggungjawab terhadap Allah,jgn merasa begitu.^^

Dari pihak lain pula,mereka sedih ketika ABC kerana merasa kehilangan pahala dan peranan untuk mendekatkan diri pada Allah.anggapan ini tidak tepat sebenarnya,keranabanyak sekali jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah termasuk perempuan yang berada dalam haid.
Antara amalan-amalan yg boleh diamalkan:

1.Zikir
Berbagai zikir yang dianjurkan dalam Islam disamping itu ia menenangkan jiwa.Biasanya time waktu ni perempuan biasanya akan emosi lain macam sikit dan terasa terganggu.Insyallah dengan amalan zikir yg berterusan boleh mengatasi masalah ini dan dijauhkan dari gangguan-gangguan lain.

2.berdoa
Berdoa dengan penuh keikhlasan dengan niat ingin mendekatkan diri kepada Allah.

3.Istighfar
Menohon ampun kepada Allah.Peempuan yang sedang haid selalunya mengalami ketidakstabilan emosi seperti sering marah,cepat terasa dan marah.Dengan istighfar insyallah kita menebus balik sifat2 negatif itu.

4.Banyakkan selawat ke atas Rasulullah

5.mendengar bacaan al-quran

6.mendalami pengetahuan agama
Sama ada kita mendengar kuliah melalui youtube,membaca buku atau menghadiri majlis ilmu

7.berbuat baik kepada ibubapa

8.berbakti kepada suami

9.menyambung sillaturahim

10..memperbanyakkan sedekah

ini sebahagian dari amalan-amalan yg lain banyak lagi..

Jangan biarkan jiwa kita kosong tau...^^
Saya nak jadi muslimah yang baik^^

No comments: