Tengah tunggu kawan nak study.Update belong kejap^^
SOlusi Isu 51
Kebiasaan adat, lelaki akan merisik wanita untuk dijadikan pendamping dan penyeri hidupnya.
Namun, bagaimana jika wanita merisik dan menawarkan dirinya untuk dinikahi???
eeuwww...tak malu ke mcm tu =..="
Dalam adat Melayu, pasti ada yang mula bergosip andai kedengaran seorang wanita menawarkan dirinya kepada seseorang lelaki untuk dinikahi kerana dianggap aib.
Namun demikian, perkara ini tidak menyalahi syariat. Ulama telah menggariskan beberapa karakter lelaki yang menjadi pilihan hati dan perkara yang perlu dilakukan oleh seorang wanita setelah mendapat jawapan daripada si lelaki. Semoga kisah di bawah dapat dijadikan panduan buat Muslimat kini... =)
Jawapan terbaik daripada pemimpin agung
Lipatan sirah Islam pernah menukilkan kisah seorang wanita menemui Rasulullah lalu menawarkan dirinya kepada Baginda untuk dinikahi. Pada ketika itu, Baginda berada di rumah seorang sahabat bernama Anas.
Ali meriwayatkan bahawa pada suatu hari beliau bersama-sama Anas r.a. dan anak perempuannya.
Anas berkata: "Telah datang kepada Rasulullah s.a.w. seorang wanita yang menawarkan dirinya kepada Baginda dengan berkata: 'Wahai Rasulullah, adakah kamu berhajat kepada diriku?'
"Anak perempuannya terus berkata: 'Alangkah kurang malu wanita ini dan amat memalukan perbuatannya ini.'
"Anas berkata: 'Dia lebih baik daripadamu kerana dia berkehendakkan kepada Rasulullah lalu menawarkan dirinya kepada Baginda," (Riwayat al-Bukhari, al-Nasa'i dan Ibn Majah)
Malah, Khawlah binti Hakim antara wanita yang menawarkan dirinya kepada NAbi s.a.w. (Sahih al-Bukhari, jil. 7, halaman 15)
Imam al-Bukhari turut mendatangkan satu riwayat lagi pada hadis yang sama. Apabila Rasulullah hanya mendiamkan diri atas tawaran wanita itu untuk mengahwini dirinya, seorang sahabat yang berada disitu berkata: "Wahai Rasulullah, kahwinkan wanita itu dengan aku."
Kemudian, Baginda bertanya yang bermaksud: "Adakah kamu mempunyai sesuatu?"
Beliau menjawab: "Aku tidak mempunyai sesuatu."
Kesimpulannya, Islam mengharuskan wanita merisik atau menawarkan dirinya kepada seorang lelaki soleh yang ingin dijadikan suaminya.
Rasulullah telah menunjukkan jawapan terbaik kepada risikan dan tawaran wanita tadi dengan cara berdiam (sukut). Ibn Hajar al-Asqalani menjelaskan: "Tidak patut bagi lelaki tersebut menolaknya dengan cara terang-terangan, bahkan cukuplah dengan berdiam diri. Bukankah diam itu selembut-lembut cara dan paling beradab untuk menolak tawaran seorang wanita?" (Fath al-Bari)
Apabila mendapat jawapan
Berikut dinyatakan syarat-syarat yang perlu ada pada lelaki yang ingin dirisik oleh wanita:
1. Lelaki yang soleh
2. Ketinggian ilmu
3. Keutuhan agama
4. Berakhlak mulia
Syarat-syarat ini digariskan oleh ulama muktabar seperti al-'Aini, al-Qastalani dan al-Nawawi berdasarkan
kata-kata daripada Anas r.a. kepada anak perempuannya: "Dia lebih baik daripada kamu."
Hal ini kerana wanita tersebut menawarkan dirnya kepada Rasulullah atas dasar iman dan ketinggian peribadi Rasulullah s.a.w. Disebabkan itu, wanita tersebut dilabelkan lebih baik oleh Anas r.a.
![]() |
pic link |
Abdul Karim Zaidan menghimpunkan pendapat-pendapat ulama di atas dalam al-Mufassal fi Ahkam al-Mar'ah wa al-Bait al-Muslim fi Shariah al-Islamiyyah (jil 6), Ahkam al-'A'ilah bab Wanita Menawarkan Diri kepada Lelaki Soleh, (halaman 55-56)
Setelah wanita tersebut mendapat jawapan daripada lelaki soleh tersebut berkenaan tawarannya, wanita itu hendaklah diam dan menjauhkandiri daripadanya. Sekiranya lelaki itu menolak tawaran wanita tersebut, maka jauhkan diri daripadanya dan tidak berterusan terang-terangan menawarkan diri lagi.
Walaupun lelaki tersebut bersetuju, wanita tersebut hendaklah menjauhkan diri daripadanya kerana jika benar lelaki itu bersetuju, nescaya dia akan melakukan proses seterusnya seperti berjumpa wali wanita tersebut, khitbah, taaruf dan akhirnya akad nikah.
Kesolehan dan kelembutan wanita solehah tidak akan menghalangnyaagar segera melakukan kebaikan. Hati wanita yang takutkan Allah diletakkan kepada-Nya bukan kepada manusia. Islam tidak memandang hina kepada wanita solehah yang berani menawarkan dirinya kepada lelaki soleh untuk dinikahi atas jalan syarak.
Wallahua'alam...
Moga bermanfaat (^,^)
Jom tengok
Baik kah saya?
Cantik tak?
Tudung Hangus
![]()

saya bukan Ustazah
No comments:
Post a Comment