Kisah ini awal Ramadhan lagi, tapi terlupa nak post.huhu,
sekadar peringatan itu kita semua.
Pagi itu saya ke kedai printing untuk binding thesis degree
bagi melayakkan saya mendapatkan scholarship.Bila lah nak dapat scholar
ni.sobs3
Time tu ada seorang ustaz dari MAIS agaknya datang untuk
Photostat mcm sijil-sijil gitu. Dan kakak kat kedai tu tegur ustaz tu.
“Puasa-puasa pon ada orang kawen jugak ke ustaz?”
“Em dorang nak g overseas, sebab tu kawen awal-awal” jawab ustaz
bersahaja
“ Tapi ramai ni ustaz” banyak tanya pulak kakak ni.hehe
“Yang ramai tu sebab sebab dah “nikah” sebelum kawen” Ustaz
meraup muka,
“Ish2, bulan-bulan puasa pon buat keje macam ni ke. Hormat
la sikit” kakak tu membebel2 pulak.huhu
“ Bulan puasalah dugaan banyak. Moga kita dijauhkan dari
segala maksiat, nauzubillah” Ustaz pon berlalu.
Ramadhan bulan yang mulia dan penuh dengan limpahan rahmat
Allah, tetapi mengapakan dicemari dengan dosa-dosa maksiat kita yang membusuk?
Kenapakah dibiarkan nafsu yang tidak pernah kenyang itu
menjadi kerajaan hati?
Di manakah iman kita ketika itu?
“ Seperti kayu api,
zina akan menghancurkan amal yang telah dibina sejak sekian lama”
Antara keburukan zina:
1.
Dalam zina terkumpul bermacam-macam jenis dosa
dan keburukan iaitu berkurannya iman si penzina, hilangnya sikap warak (menjaga
diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.
2.
Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam
malu adalah suatu perkara yang diambil berat dan sangat indah.
3.
Menjadikan wajah pelakunya muram ,gelap dan
hilang nur nya.
4.
Menjadikan hati gelap dan kotor
5.
Menjadikan pelakunya selalu kemiskinanatau
merasa dirinya tak pernah cukup dengan apa yang diterimanya.
6.
Menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh
martabatnya
7.
Allah mencampakkan sifat liar dihatinya sehingga
pandangan matanya menjadi liar dan tidak terkawal
8.
Penzina dipandang hina
9.
Penzina telah mengharamkan dirinya dari mendapat
bidadari yang jelita di syurga kelak
10.
Zina menghilangkan harga diri dan merosakkan
masa hadapan
11.
Penzinaan menghasilkan generasi yang tidak ada
asal keturunan (nasab).
12.
Penularan penyakit merbahaya seperti aids,
siplis etc.
Zina itu termasuk di dalam dosa
besar. Take note!
“
Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain selain Allah dan tidak
membunuh membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali (dengan) alasan yang
benar dan tidak berzina” (Al-Furqan:68)
Dari
imam Qurtubi, ayat ini menunjukkan bahawa tiada dosa yang lebih besar selepas
kufur selain membunuh tanpa alasan dan zina.
Menurut
imam Ahmad, perbuatan dosa besar selepas membunuh adalah zina.
Petikan dari buku, Ya Allah… jauhkan aku dari zina, tulisan Burhan Sodiq
Moga bermanfaat, jangan jadikan
maksiat yang hanya nikamat sesaat menghancurkan diri kita di masa hadapan,
syariat yang Islam anjurkan itu yang terbaik.
Pintu taubat Allah sentiasa
terbuka buat hamba-hambanya yang ingin kembali kepada fitrah, jangan pernah
ditanggu-tangguhkan taubat itu,
Jom sama-sama membuat pecutan
terakhir di malam-malam akhir Ramadhan yang masih bersisa ini. Moga sama-sama
mendapat redha Allah. Insyallah (^_^)
Nur Abdullah

No comments:
Post a Comment