July 18, 2013

Ramadhan

Bismillahirahmanirahim,



Sejak masuk bulan Ramadhan ni tak pernah lagi buat post pasal Ramadhan, sobs3

Sebelum Ramadhan tidak putus-putus berdoa dan membuat persiapan, agar diri tidak mensia-siakan Ramadhan kali ini.

Siapa tahu mungkin ini Ramadhan yang terakhir buatku, 

Ya Allah sampaikan aku sehingga ke Ramadhan yang terakhir,

Bulan tarbiyah ini sangat lain rasanya, bulan yang dinantikan dengan penuh kebahagiaan, terima kasih Allah masih memberi kesempatan.

Di awal Ramadhan ini juga saya mula buat part time job kat butik, tak pernah kerja sambil belajar sebelum ini. tapi nevermind, pengalaman mengajar erti hidup. Everyday kena buat sales and serve for customer, after balik ofis saya akan kerja kat butik. Sometimes kalau customer ramai mmg penat sgt.sobs3, baru-baru ni dapat offer untuk part time di kedai buku..adeh tak larat den banyak-banyak. Fokus utama study.

Alhamdulillah juga, part time job ni tak membebankan, time tak de customer boleh buat rivison study. Dan bonus yang Allah bagi part time job ni, saya mengajar mengaji salah seorang staff kat sini, Allahurabbi, tak sangka mengajar ngaji.huuhuu,

Juz ajar Iqra' and Mukadam, tapi it should be ok. Moga ini bonus yg Allah hadiahkan sempena bulan barakah ini. Share jugak berkenaan fardhu ain. Sebelum ni hanya mek dan ayah je mengajar ngaji, selalu saya tolak untuk mengajar budak-budak ngaji. Dengan alasan tak sedia, huhu
tapi insyallah untuk mengajar anak-anak kecil mengaji ok la. Sebab saya pun masih dalam nak improve tajwid.sobs3



Jom sama-sama raikan Ramadhan dengan melakukan amalan-amalan yg baik. Banyakkan bacaan al-Quran , bersedekah, solat sunat etc.

Doa juga moga Allah sampaikan untuk akhir-akhir Ramadhan, tapi sedih bila mana akhir2 Ramadhan, masjid makin lengang, semua sibuk dengan persiapan raya, buat kuih raya, baju raya bagai. Saya pun salah seorang sebelum ini.huhu

moga Ramadhan kali ini lebih sempurna, tak kisah la baju raya, kuih raya bagai. Ya Allah sampaikan daku sehingga hari ke akhir Ramadhan.Insyallah

Tomorrow fight for scholarship!
insyallah moga Allah permudahkan (^^,)




No comments: