Alhamdulillah syukur
sgt, thanks Allah. Beri saya peluang berbuka puasa bersama family, even tak semua ada kat rumah dapat berbuka dengan mek and ayah
satu nikmat yang besar buat saya.(^_^)
Baru je sampai rumah,
mek dah tanya-tanya nak makan apa. Saya hanya mengiyakan je. Tengahari tu mek
dah masak, amboi awal masak. Lambat kot lagi nak berbuka, rupanya mek masak
pengat ubi. Mek dah tahu sangat apa yang
ada dalam fikiran anak-anak dia. Betol la org cakap kan, mak ni apa-apa je
pasal anak dia mesti akan tahu. Pulak bab-bab makan, ada satu masa mek kena
masak macam-macam lauk sebab antara kami ada yang selera berbeza-beza.ish2,
lain kali sila masak sendiri ye adik-adik. Walaupun umur ni dah nak masuk 24
tahun, tapi bila balik rumah jupa parent rasa macam kanak-kanak je lagi. Konon
anak manjala kannn.haha (^_^)
Feveret saya,pengat
ubi, pengat pisang, bubur kacang, bubur jagung, apa-apa sahaja yang berasaskan
santan then tak manis sangat saya suka. Mek jugak buat sup tulang, itu feveret
ayah. Saya lebih suka daging masak merah. Yum2,
Then seperti biasa
ayah dah tahu air feveret saya air kelapa muda fresh,bestnye..hehhe, thanks
ayahku. Time petang-petang orang sibuk masak kat dapur tapi saya ikut ayah g bazar, hehe. Berat nanang.haha, anak perempuan ayah kan..(^^,)
Tiap kali Ramadhan,
mesti makan cendol warna warni yang ayah buat. Kami adik beradik memang suka,
after terawih task seterusnya makan cendol yang ayah buat. Walaupun semua adik-
beradik tak ada tapi rasa macam dorang ada je. Time masak kecoh-kecoh, rindu
that moment. Tapi bila semua dah besar panjang ni jarang nak gaduh-gaduh
dah.sob3, bila saya masak tak sedap sikit ada je juri-juri yang tak
professional kritik,yang tak tahan nya kakak dibuli dek adik-adik..ish2
Sepanjang Ramadhan ni
saya tak pernah pon masak sendiri kat rumah sewa, sebab berbuka kat tempat
kerja. So memang tak masak la, kesempatan yang ada kat rumah ni tolong mek
masak la. (^_^)
Tahun lepas saya dan
adik perempuan saya sempat buat biskut raya, macam-macam jenis. Tapi tahun ni
tak sempat pon. Sobs3, semua beli yang dah siap. Hopes dapat buat kek coklat
pon ok la.
Baju raya pon kami
tak sempat nak beli, semua sibuk belajar. Nasib baik ada kakak kesayangan yang
dah siapkan baju raya untuk kami awal-awal.huhu, walaupun kami dah besar
panjang, tapi baju raya asyik kakak je yang buat.huhu,nasib baik ada kakak yang
baik hati. Thanks my dear sis (^_^)
Best moment kat kampung
dapat terawih ramai-ramai surau kat rumah. Selalunya ayahlah yang akan menjadi
imam untuk solat terawih. Mek sangat risau kalau ayah tak dapat jadi imam untuk
terawih sebab susah nak dapatkan imam untuk ganti, tapi Alhamdulillah sekarang
dah ada dua tiga orang yang boleh jadi imam
.
“mek bertuah
dapat suami macam ayah, boleh jadi imam
dan mengaji” saya tersenyum. Mek hanya membalas senyuman. Pesanan mek dan ayah,
kalau dah kawen. Janganlah di focus pada kekurangan pasangan akan tetapi
lihatlah pada kelebihannya, terima seadanya. Walaupun ada ketidak sefahaman
kadang2,hehe (^_^)
Saat solat
terawih,hati sayu mendengar bacaan dari ayah. Di dalam hati terdetik
“Ya Allah, ku mohon
untuk panjangkan masa untuk aku meminjam ayah dariMu, agar ayah sempat untuk ayah
melihat kejayaanku dan untuk aku membalas jasanya” sobs3
Walau hanya dapat pulang sekejap sahaja, syukur tidak terhingga Ya Allah,
Balik time raya pulak (^^,)
No comments:
Post a Comment