Alhamdulillah Allah izinkan untuk bersama-sama bulatan kebahagian buat terakhir kalinya berada di shah Alam,
Bedah buku Indahnya Hidup Bersyariat (^_^)
sedikit perkongsian yang dapat mlm tadi..
BAB 1: Syariat Kelahiran
*Memberi khabar gembira dan tahniah atas kelahiran bayi- Ucapkan tahniah pada ibu bapa yg baru menyambut kelahiran
*Azan dan iqamat- Azan dilaungkan di telinga kanan bayi, dan Iqamat di sebelah kiri, baby girl or boy sama je. please parent pastikan anak kita diazankan dan iqamatkan lepas je lahir. Si suami sila alert eh, kalau suami tak de carilah sapa2 yang boleh azankan. jangan biarkan baby tanpa diazankan atau dilambatkan azan untuk mengelakkan gannguan syaitan dan jin. Nanti anak pon jadi degil.
-Hikmah:- Ucapan pertama yang meresap ke dlm hati sanubari insan yang baru lahir
-mengelakkan gangguan syaitan dan mengekang arus nafsu syahwat
*Tahnik-membuka atau memecah mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar yang dikunyah oleh orang yang bertaqwa dan alim.
-seelokknya dilakukan dalam tempoh 7 hari kerana time ni deria rasa manis baby kuat then untuk bagi baby tu cerdas dan memudahkan penyusuan.
-sunnah Rasulullah tahnik dengan kurma, bukannya dengan gula, garam, asam bagai.huhu..tapi yang ni saya selalu tengok la.
* Memberikan nama yang baik buat anak
-Beri nama yang baik untuk anak-anak, nama para nabi & sahabat2, asma ul husna, sekarang trend nama panjang2 bagai, sampaikan anak pun lupa nama sendiri, adeh. letakkan nama yang sebaikknya
*akikah dan mencukur rambut
#akikah-seeloknya sebelum anak baligh,seelokknya akikah kambing, tapi lembu pon boleh (^_^)
#bercukur rambut- dapat meningkatkan tahap kesihatan anak, membuka selaput kepala, menajamkan deria penglihatan, bau dan pendengaran baby.
* Berkhitan @ bersunat
#Hukum- ada perbezaan pendapat tentang tentang hukum berkhitan,ada mengatakan sunat. tetapi menurut Imam shafie ianya wajib.
# Hukmah berkhitan :- membawa kesempurnaan beragama
- Membezakan antara org Islam dan bukan islam
-Menjaga kesihatan dan mengawal syahwat
Perepation untuk jadi mummy nanti ok. (^_^)
![]() |
| awak jangan ngade2 cari orang lain, saya cubit kang.. (apakah?hehe..comel je) |
Perepation untuk jadi mummy nanti ok. (^_^)
Ok setakat ini dulu untuk pengisian Usrah, dan ada kami membincangkan tafsir surah al-Baqarah ayat 1-5, Jangan abaikan al-Quran kerana iannya sumber ibu segala buku.
Master dalam akademik, tapi bilakan nak Master dalam Al-Quran? sobs3. Tepuk dada, tanya iman. Ya Allah semoga ini dapat memahami segala isi Mukjizat ini sebelum berjumpa denganMu nanti. (T..T)
Next tajuk, Pengurusan diri untuk wanita..bestnya tajuk ni, suka2 (>.<)


No comments:
Post a Comment