Bila mana melihat vedio matlutfi ni hatiku tersentap sekejap, seperti memberi peringatan kepada diri ini dan sahabat-sahabat. Thumbs Up Bro!
Moga Allah meredhai method dakwah yang kamu bawakan ini, sedikit kisah, kisah benar mungkin telah saya switch sikit ceritanya. Moga Allah meredhai, tiada niat untuk membuka aib sesiapa, sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri yang penuh khilaf dan daif ini.
Aghh.. stressnya aku, kenapa la dapat roomate budak lakonan muzik bagai ni!
Getus hatiku, melihat roomateku yang freehair dan berpakaian mcm artis bagai. Memandang dirinya penuh noda dan dosa.
Satu hari aku membaca buku Sirah Rasulullah, dan aku terlelap. Buku itu aku letakkan di hujung katil. Tersedarnya dari tidur aku melihat roomate aku memegang buku tersebut.
" Eja..ni buku pasal nabi ke?" roomate aku bertanya. Dalam hatiku, takkan tu pun tak tahu baca.
"Hurm..pasal nabi, keluarga dan sahabat-sahabat nabi". Aku menjawab malas.
"Maaf, nak tanya sahabat-sahabat nabi dan isteri-isteri nabi ni ada lagi ke sekarang?" Roomateku dengan riak muka yang penuh ingin tahu.
Terasa aku ingin menangis, ingin menjerit, aku pun tidak pasti apa perasaan aku ketika itu. Aku terdiam seketika.
"Awak, sekarang sahabat-sahabat dan isteri nabi sudah tak ada, yang ada ulamak pewaris nabi" suaraku tersekat-sekat menjawab
"Awak, sekarang sahabat-sahabat dan isteri nabi sudah tak ada, yang ada ulamak pewaris nabi" suaraku tersekat-sekat menjawab
"Eja..saya minta maaf, saya tidak pernah tahu perkara macam ini. Family saya bukan dari background Islamic, saya minta maaf kalau banyak tanya" lalu dia menundukkan wajah dan titisan air jernih menitis di pipi.
" Awak, saya tak pernah salahkan awak, maafkan saya salah anggap kepada awak selama ini. Jangan risau, selepas ini kita belajar sama-sama tentang Islam ye" Allahurabbi, berilah daku kekuatan ya Allah.
"Eja..banyak dosa saya, saya tak reti semayang, Allah maafkan saya ke?"
Allah itu maha mengampun, jangan risau.
# Ya Allah ampunkan daku andai mengabaikan hak-hak sahabatku, ku doakan berilah dia HidayahMu, tunjukkanlah ia jalan yang engkau Redhai#
P/s : Cubalah untuk membantu sahabat-sahabat yang ingin berhijrah mengenal Ilahi, bukannya menyalahkan dan menghukum mereka kerana kita bukanlah orang yang berhak untuk
Sahabat-sahabat yang baru nak berhijrah saya ucapkan tahniah!
teruskan niat anda, keep it Allah, insyallah akan ada orang-orang yang Allah hantar untuk membantu kalian.^^
Saya bukan orang baik, tapi mencuba untuk sama-sama jadi baik =)
istiqamahkanlah kami_
To be continue......

2 comments:
semoga sahabat tu teruskan istiqamah, sekarang Allah uji dia dan bukan kita. Berdoalah agar kita tidak diujian sedemikian sbb kita belum tentu dapat tahan ujian yg Allah berikan itu.
@Ismarizal Ismail
Allah sayang akan Hamba2NYA, sebab tu Allah uji.. moga terus diberi kekuatan dan istiqamah,
Post a Comment