"Abang Hakim, Baitul Muslim impian saya ialah saya dan isteri mampu
bangun bersama qiamulaill dan kami saling tadarus quran bersama-sama"
kata seorang peserta.
"Ana pula mahukan baitul muslim yang mana
suami ana bersedia kemas rumah sama-sama, masak sama-sama dan makan
setalam sama-sama" jawab seorang akhawat malu-malu.
"Ana nak bawa isteri ana pergi program islamic. Itulah baitul muslim impian ana" jawab seorang lagi.
Ana
tersenyum mendengar jawapan mereka. Sesi baitul muslim tengahari hari
itu sungguh segar dan menyenangkan. Semua peserta bersungguh memberi
jawapan apabila ditanyakan baitul muslim bagaimana yang mereka impikan.
Semenjak berkahwin, sudah banyak jemputan seperti ini dipenuhi.
Mata
dilirik melihat zaujah tercinta yang duduk bersimpuh disebelah. Terasa
kembali bersemangat untuk meneruskan sesi walaupun demam teruk , batuk
dan selsema sejak beberapa hari. Dalam batuk kecil, ana memberikan
jawapan.
"Jawapan antum itu benar.. cuma kurang tepat"
Para peserta yang sejak tadi tersenyum senyum terus berwajah serius. Diam memikirkan apa jawapan yang paling tepat.
"Cuba
lihat maratibul amal. Selepas Fardu muslim datangnya Baitul Muslim. Dan
apakah tahapan selepas Baitul Muslim" ana menyoal secara retorik untuk
melihat reaksi para peserta.
"Mujtama' muslim" jawab mereka spontan dan serentak.
"Ya.
Benar, Masyarakat Muslim. Dan bagaimanakah dengan aktiviti Baitul
Muslim Impian anda seperti bangun sekali , makan sekali, berkebun sekali
itu dapat merealisasikan matlamat membina sebuah masyarakat Islam yang
Faham Islam dan seterusnya mengundi sebuah Negara yang bertunjangkan
pemimpin yang faham Islam.
Para peserta semakin diam. Kelihatan
masing-masing mula berfikir secara mendalam. Memang sengaja ana biarkan
suasana awal pengisian tadi dalam keadaan ceria agar banyak lontaran
idea dikeluarkan apatah lagi dalam topik yang menarik seperti baitul
muslim ini.
"Justeru. bukanlah aktiviti berdua bersama pasangan
yang harus menjadi impian baitul muslim anda sebenarnya. Tidak salah
anda merancang untuk beribadah bersama-sama, hidupkan malam
bersama-sama, baca quran bersama-sama... namun persoalannya, sejauh mana
tindakan itu memberikan kesan kepada masyarakat sedangkan matlamat
baitul muslim seharusnya selari dengan maratibul amal untuk melahirkan
sebuah masyarakat islam?" panjang lebar ana bersyarah.
"Jadi, apa
sebenarnya yang dikatakan baitul muslim impian itu? Boleh ustaz berikan
contoh baitul muslim impian ustaz?" soal seorang peserta penuh minat.
Ana
tersenyum mendengar soalan tersebut. Terkenang detik-detik liqa taaruf
ana yang pertama dengan zaujah sebelum berkahwin di Masjid Salahuddin Al
Ayubi , Gombak. Kini ana akan menyebutkan semula perkara yang telah ana
katakan kepada zaujah ana pada waktu itu kepada hadirin... Baitul
Muslim impian ana....
"Baitul Muslim impian ana adalah kami
sama-sama sibuk mengendalikan program bukan sahaja di peringkat nasional
, negeri dan kawasan... bahkan untuk kawasan kejiranan kami. Ana mahu
adakan usrah untuk jiran tetangga. Pada sebelah Maghrib, ana mahu adakan
kelas bacaan Quran percuma untuk anak-anak jiran. Jika ana dan zaujah
sibuk dengan urusan Jemaah di luar kawasan, kami akan jadikan laman
rumah kami untuk kelas tersebut dan mencari guru Al Quran yang terbaik
agar anak-anak di taman kami celik Al Quran. Ana juga berhasrat untuk
menjadi orang kuat Masjid di taman kami dan menghidupkan program program
mendekatkan masjid dengan ahli masyarakat di taman dengan aktif. Ana
mahu menganjurkan program anak muda seperti pertandingan bola di padang
yang bersebelahan rumah agar dapat menyantuni generasi muda dengan
akhlak rasul. Ana juga mahu menghidupkan cawangan jemaah di taman ana
dan seterusnya menjadi sebuah taman perumahan yang subur dengan program
program Islam. Hasilnya, seluruh penduduk taman bersatu atas dasar
akidah Islam dan bila tiba masanya mengundi, semuanya akan keluar
mengundi sebuah kerajaan Islam di Malaysia ini berkat kefahaman mendalam
mereka." panjang lebar ana terangkan.
Kelihatan wajah para
peserta bertukar menjadi cerah dan ceria. Mereka mengangguk-anggukkan
kepala tanda faham apa yang ana sampaikan.
"Kalau begitu ana nak buat berzanji di rumah ana setiap minggu " sahut seorang peserta.
"Ana pulak nak buat kelas kemahiran komputer untuk remaja" jawab seorang lagi.
Ana tersenyum puas mendengar jawapan mereka.
"Ana pulak nak buat kelas memasak di rumah dan ajak semua jiran-jiran hadir " jawab seorang muslimat di hujung.
"Ish, nti ni.. asyik fikir makan aje!" usik rakannya di sebelah.
Ketawa kami berderai mengisi ruang tamu. Suasana sungguh ceria.
Alhamdulillah..
mereka sudah faham apa yang ana sampaikan. Sesungguhnya baitul muslim
impian kita semua adalah sebuah rumah tangga yang PEDULI jiran tetangga,
PEDULI soal masyarakat, PEDULI urusan masjid , PEDULI pembanggunan
akhlak setempat dan PEDULI fikrah sekeliling.
Ayuh upgrade baitul muslim itu menjadi baitul dakwah !
BAITUL MUSLIM ----> BAITUL DAKWAH + BAITUL HARAKI
Dari sahabat untuk sahabat..jazakallah for this sharing^^
No comments:
Post a Comment