Alhamdulillah tengahari tadi jenazah nenek selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Air Tawar Besut.
Nenek..saya telah tunaikan janji untuk uruskan jenazah nenek,walaupun tak fully...
saya sempat memandikan,tolong mengkafankan dan bersama mengiringi nenek ke tanah perkuburan.
"mak teh..saya nak mandikan jenazah mok".mak sedara sy angguk sahaja
Walaupun hanya mampu menggosok kaki dan badan nenek sahaja saya bersyukur Allah memberi peluang untuk mandikan nenek.
tapi saya sedih dan tidak berpuas hati apabila yang memandikan jenazah itu seperti berkasar dengan jenazah nenek.saya merasakan nenek ingin memberitahu dia sakit.
"Mak teh,kesian la kat mak kalau dorang gosok mok kuat-kuat ...nanti dia sakit".
saya tidak mampu megawal emosi,melihat 2 orang tukang yang mandikan nenek.
sewaktu nenek siap dimandikan dan diangkat untuk dikafankan
"mak cik,tunggu dulu..saya nak keringkan rambut nenek saya".Aku menahan sebak
Mok kalau sebelum ni siti keringkan rambut mok,sikat rambut mok..mok masih tersenyum dan tertawa
Tapi bila siti keringkan rambut mok sekarang,mok diam dan kaku sahaja..Ya ALLAH kuatkan aku..
Saya terus mendapatkan ibu saya.
"Mek,saya berjanji if mek pergi dulu sebelum saya..tangan saya sendiri akan memandikan jenazah mek,saya sendiri akan uruskan jenazah mek" tidak berdaya menahan sebak.
Betul lah kata Ustaz Don,if kita sendiri yang memandikan,mengkafankan,menyembahyangkan dan mengkebumikan mak ayah kita perkara itu akan kita buat dengan kasih sayang.
-Jika kita mandikan mak ayah kita,kita akan gosok perlahan-lahan dan penuh kasih sayang,sebab apa..sebab mereka mak ayah kita,mereka yang mandikan kita waktu kita kecil.Takkan tak nak mandikan mak ayah kita sendiri buat kali terakhir kita menolak dan berat nak melakukan.
-Jika kita sendiri yang memandikan jenazah mak ayah kita,if ada keaiban mereka,kita stop di situ sahaja.Kerana apa,sanggupkah kita membuka keaiban mak ayah yang kita sayang??
-Jika sembahyangkan jenazah mak ayah kita,biar kita yang jadi imam (untuk lelaki),kalau kita jadi imam solat jenazah kita akan lakukan dengan sepenuh hati,dengan penuh kasih sayang..kerana apa,kerana mereka mak dan ayah kita.
Tadi ayah sendiri yang mengimamkan solat jenazah nenek,ayah sendiri yang meng aminkan doa.Ayah dah pesan awal2..kalau ayah pergi dulu jangan biar orang lain jadi imam.Ayah nak anak ayah sendiri jadi imam.Alhamdulillah adik lelaki saya sudah biasa solat jenazah.
Allahurabbi...berilah aku peluang dan kesempatan untuk uruskan sendiri jenazah ahli keluargaku.
sahabat2...jom kita belajar dengan lebih mendalam tentang pengurusan jenazah.Mungkin sebelum ni sudah menghadiri program pengurusan jenazah..tapi keyakinan itu kurang,
banyakkan lagi tambah ilmu ini,mungkin kita terlepas pandang...kalau bab ilmu perkahwinan kita berebut-berebut hadir..kenapa tidak untuk pengurusan jenazah ini?
Sebab kita juga akan jadi jenazah..
Mok maafkan salah silap Siti,andai penghormatan terakhir Siti tidak seberapa..
Berbahagialah di sana,malam pertama di alam sana...Ya Allah sampaikan salam cinta dan rindu buat nenekku.. Che Anom..
p/s:maaf andai post ini penuh bergelumang dengan emosi.
http://www.islam.gov.my/e-jenazah/cara-mandi
http://www.islam.gov.my/e-jenazah/tempat-mandi
http://www.islam.gov.my/e-jenazah/hukum-dan-syarat
http://www.islam.gov.my/e-jenazah/cara-mandi
Ni post time jaga nenek=(
http://inabdullah89.blogspot.com/2012/02/jangan-baca-kalau-rasa-anda-tidak-akan.html?showComment=1330187712726#c301475536249413070
1 comment:
huhu~
Post a Comment