January 28, 2013

Matlamat yg sebenar

Bersama sahabat-sahabat dalam tempoh yang singkat sangat bermakna,perkongsian dan pengisian mengisi kelompangan hati.

Ya Allah terima kasih kerana memilih diri ini untuk bersama-sama berada di dalam medan perjuangan ini.

Pengisian dari Ustaz Nur membuka mata dan minda kami,memandangkan perngisian itu memfokus kepada pelajar yang bakal grad.

"Gugurnya di medan dakwah bukan kerana tekanan dan kepayahan tetapi kerana kesenangan dan kemewahan" allahurabbi..nauzubillah

"Apabila sudah bekerja,takut untuk melaksanakan kerja-kerja Islam kerana dikhuatiri akan hilang perkerjaan"

"Kenapa perlu ditakutkan kehidupan dunia,takutkanlah dengan kehidupaan di akhirat"

"Pastikan matlamat jelas ingin meninggikan agama Allah,jangan sesekali memesongkan niat kerana Allah akan memesongkan hati kita"

"Apabila berasa susah dalam perjuangan,sedarlah itulah MAHAR yang harus dibayar untuk Allah di syurga kelak"

"Berjuang di jalan Allah hanya untuk orang yang Ikhlas sahaja"..kata-kata mengingatkan aku pada kata-kata ayah,yang selalu menekankan keikhlasan dalam perjuangan.


Ustaz nur meberikan beberapa sebab keciciran di Jalan dakwah
1.tidak turut serta dalam program tarbiyah.Contoh,usrah,masjlis ilmu.Ustaz menekankan usrah itu penting kerana ianya tunjang dan asas kepada tarbiyah.carilah usrah walau sesusah mana

2.Berjuang atas dasar semangat bukan kerana kefahaman,ilmu dan iman

3.takut kepada risiko.Takut hilang kerja,takut miskin..dan sebagainya

4.Melampau-lampau.Besederhanalah dalam apa jua perkara

5.perasaan cemburu dan hasad.

ustaz juga mementingkan pemilihan pasangan hidup yang sama2 sekufu dan sefikrah,kerana ia juga faktor keciciran.

Allahrubbi..istiqamahkanlah kami dalam perjuangan ini,matikanlah kami dalam perjuangan

Road to Him


Ya Allah,jadikankah matlamat aku ini wasilah untuk aku menggapai matlamat utama-->MARDHOTILLAH
Ya Allah kurniakanlah aku suami yang sama seiring berjuang di jalan Mu,
Ya Allah kurniakalah anak-anak yang bakal menyambung perjuangan Rasulullah,
Ya Allah kurniakanlah aku keluarga yang memahami erti perjuangan ini,
Ya Allah apa jua kerjaya aku,tetapknlah hatiku,istiqamahkanlah aku,
Ya Allah kurniakanlah harta yang akan diinfaqkan dijalanMu,
Ya Allah istiqamahkanlah 10000000xxx..kami di dalam perjuangan ini..


DR.Hazlina

No comments: