"kenapala lelaki ni tak faham dengan perempuan'
"aku memang tak faham la,perempuan ni apa sebenarnya dorang nak"
"Minah ni berapa kali aku terang benda sama"
"Mamat ni kalau minta respon buat dek je"..........
Situasi yang selalu berlaku,tak kira dalam family,rumah tangga,ofis,kelas dan sebagainya.
Lelaki makhuk marikh
wanita makhluk venus
Kedua-dua makhuk ni saling memerlukan antara satu sama lain.Kerana fitrah Allah jadikannya begitu^^
Namun kenapa sering kali timbul permasalahan,ketidaksefahaman antara marikh & venus ini?
sahabat-sahabat perempuan sering mengadu,kenapa lelaki ni tidak memahami kehendak dan apa yg nak disampai.saya menjawab.
"atau kita yang tidak memahami mereka?"
Buat wanita dan juga aku sendiri,lelaki itu makhluk akal..pemikiran kepada perkara-perkara yang besar,dia fikirkan gaji bulan ni,duit sekolah anak-anak,loan rumah dan kereta.
Tapi perempuan,fikir baju tak basuh lagi,sampah kat dapur tak buang lagi,ubat gigi dah habis.
Dari buku men are from mars & women from venus,mengajar saya..kenapa lelaki sering bertindak begitu begini,dankenapa wanita bertindak sebaliknya.
Secara umumnya apabila seorang wanita menawarkan nasihat atau cuba "membantu" seorang lelaki,dia tidak sedar langsung betapa tindakannya itu kelihatan kritis dan tidak menyayangi.
saya agak terkejut,selama ini kita mesti ingat bila kita berusaha membantu lelaki itu,kita merasakan kita akan dihargai & disayangi.namun sebaliknya,lelaki lebih suka dia berusaha sendiri dulu.sila faham situasi ini.Melainkan jika lelaki meminta tolong @ nasihat baru kita membantu.Wanita mmg fitrahnya sangat caring,jadi jgn jdkan over caring punca permasalah dalam perhubungan.
Selalunya,perempuan cuma mahu berkongsi perasaan mengenai hari2 yang dilalui,dan si suami berniat mahu membantu pula mencelah dengan menawarkan pelbagai jalan penyelesaian.
Apabila diceritakan masalah kepada sang suami,si suami ini ingat isterinya ingin jalan penyelesaian.Sebenarnya si isteri hanya perlukan perhatian dan si suami perlu menjadi pendengar yg baik.Si isteri tidak memerlukan jalan penyelesaian itu..
Contoh situasi:1
wife: saya terlalu banyak kerja.saya tidak cukup masa untuk diri sendiri
suami:kamu patut berhenti kerja sahaja,cari kerja lain.
wife:tapi saya sukakan kerja saya,cuma bos selalu mendesak
suami: jangan biar dia buli kamu.lalukan apa yang termmapu sahaja
wife:memang saya lakukan begitu,saya terlupa telefon mak hari ni
suami;jangan risau,saya pasti dia faham kamu sibuk
wife:kamu terlalu banyak risau,sebab tu kamu tak gembira.Boleh kamu dengar apa yg cuba saya katakan?
suami: saya memang sedang mendengar
Si isteri itu hanya memerlukan si suami beri perhatian dan mendengar luahan perasaan dia.Dia tidak meminta untuk si suami memberi cadangan penyelesaian masalah.Si isteri kecewa suami tidak memahami.Dan si suami kebingungan tidak tahu apa kesalahannya.
Contoh situasi 2:
wife: saya terlalu banyak kerja.saya tidak cukup masa untuk diri sendiri
suami:kasihannya bunyi macam hari teruk
wife:tapi saya sukakan kerja saya,cuma bos selalu mendesak
suami: hmmm....
wife:memang saya lakukan begitu,saya terlupa telefon mak hari ni
suami; oh tidak @ oh yeke
wife:dia memerlukan saya sekarang,saya rasa bersalah
suami: kamu memang seorang yang penyayang.Mari ke sini ,biar saya peluk kamu.
see...isteri akan lebih tenang diberi perhatian dan si suami memahami keadaan isterinya.
Ini contoh yg saya petik dalam dalm buku,lelaki or perempuan saya syorkan baca buku ini baik untuk membaiki perhubungan antara lelaki dan perempuan.Tak semestinya suami isteri,tapi elok untuk perbaiki komunikasi,dan juga diaplikasi dalam organisasi dan kerjaya.
_Man_i_will_try_to_understand_
ayah,abang,adik..mereka juga lelaki,
mak,kakak,adik..mereka juga perempuan
Jom cuba memahami dan difahami^^
No comments:
Post a Comment