September 19, 2012

Aku jua hamba Allah


Kehidupan yang baik adalah apa yang akan kita lakukan,
Bukan apa yang telah kita lakukan..

Tanamkan azam & berusaha untuk ke arah "soleh dan solehah"



Orang baik bukannya orang yang tidak pernah melakukan dosa dan kesilapan,tetapi orang yang menyedari akan kesilapan dan dosanya dan berusaha untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.


Kadang-kadang datang sesalan akan kesilapan-kesilapan lampau.Hanya pada Allah jua tempat kita memohon ampun dan redhanya.Kita hanyala manusia biasa yang tidak lari dari khilaf.Pada Allah jua lah tempat memohon keampunan.

Di kala diri dirundum rasa sesesalan dan kecewa,bersyukurlah kerana Allah masih memberi peluang untuk kita menjadi lebih baik.syukur Ya Allah di atas hidayah yang amat indah.

Ya Allah,seandainya aku pernah melakukan kesilapan dan dosa lampau..ku mohon ampun dan ku mengharap agar tidak diulangi kesilapan yang sama.Ku jua memohon agar sahabat-sahabatku tidak melakukan kesilapan yang pernah aku lakukan.

Peliharalah dan lindungilah kami Ya Allah,


Ya Allah..diri ini tidaklah sempurna untuk,tetapi aku ingin menyampaikan walaupun secebis kebaikan dariMu.Mungkin diri ini pernah berdosa dan berbuat silap.Namun Ya Allah ku mohon jangan disebabkan dosa-dosaku ini terhijab kebaikan  yang ingin aku sampaikn kpd sahabat-sahabatku.


Maafkan daku sahabat,kerana aku jua hamba Allah yang penuh kekhilafan yang sentiasa mengharapan bimbingan dan teguran dari kalian,=(







Moga Allah memberkati~ina_abdullah89

No comments: