Assalamualaikum sahabat-sahabat2…sibuk study Nampak..relax dulu
sebentar..i have something to share..heheh^^
Mungkin korang agak bosan saya dok bercerita pasal serangga2
nih.Tapi ada sesuatu di sebalik itu.
2 JULAI 2012..my second paper…Integrated Pest Managemet..(IPM)..
Subjek yang agak best dan menarik disitu,
Story sikit,
IPM ini lebih belajar untuk manage ladang atau
tanaman kita daripada serangga rosak dan sebagainya.
Beralih kepada topic,iaitu Biological control (kawalan
biologi)…iaitu mengawal serangga tanpa kita
menggunakan bahan kimia seperti racun dan sebagainya.Lagi selamat bukan,sebab
kebanyakan sayuran dan buah yg kita ambil sekarang banyak mengandungi
chemical,dari zahirnya memang cantik la nampak.Tapi kadang2 ada limitation juga
untuk conduct benda alah ni.
Pernah dengar Parasitiod?
(ape benda lah sitoid2 ni)=.=”
Parasitoid ni adalah organism iaitu larva yg makan bahagian
luar atau dalam serangga lain.Serangga yang menjadi victim @mangsa kejadian
kepada parasitoid ini dikenali sebagai host.Kebiasaan nya
parasitoid ini lebih kecil dari host.
Ya saya tengok dan begitu unik parasitoid yang memakan
bahagian dalaman serangga perosak.Sebelum larva terbentuk.Ibu kepada larva ini
akan inject telur dalam badan serangga perosak dan telur menetas membentuk larva dan memakan organ
dalaman serangga perosak tanpa disedari.Akhirnya serangga perosak akan mati dan
keluarlah parasitoid membentuk serangga yang dewasa.
Terfikir sejenak….
Ku perasan parasitoid itu umpama dosa dan serangga yg jadi
mangsa adalah hati dan larva itu seperti titik-titik hitam dalam hati.
Apabila banyak dosa yang dilakukan tanpa ada inisiatif untuk
menyucikannya maka,si titik-titik hitam itu terus memakan hati tanpa disedari,
Akhirnya hati mati,dan seranggan lain yg keluar dari parasitoid
itu adalah result dari kesan hati mati tadi.Dizahirkan dengan akhlak yg tak
baik.
Serangga perosak itu tidak tahu bagaimana nak keluarkan
parasitoid dalam badannya.Hanya mampu pasrah dan menunggu saat tinggal kulit
sahaja.
Tapi kita yang mempunyai akal..bergelar ummat terbaik ini
takkan nak biarkan penyakit hati terus memburuk dan membusuk serta akhirnya
mati?
JoM BerSihkan hati ^^
Peringatan untuk tuan punya belog ini jugak..huhu
Salah silap,mohon betulkan.Komen dan cadangan dipersilakan^^
Credit pic:
No comments:
Post a Comment