
pic:anak buahku sendiri.
Semasa ke surau bersama mek dan ayah,waktu subuh.....tiba2 terdengar suara budak2.
"Ish...awal2 pagi pon budak kecik datang surau ke".Aku berfikir sejenak
aku ni punyela susah nak bangun nak p surau subuh2 ni...solat kt umah dan tido lagi best.
Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan siap berbaju sekolah masuk ke ruang solat perempuan.
Dia duduk di hujung barisan belakang.
"Barangkali dia ikut ayah dia kot,tapi awal gile kot nak p sekolah..orang belom pon azan subuh lg".
Setelah azan subuh dan menunaikan solat sunat...iqamat pon sudah,saff dirapatkan...
Tiba2 kanak2 tu masuk ke barisan saff bersama kami memandangkan tak ramai sgt org.
Aku rasa kagum dengan kanak2 ni...dia solat dengan baju sekolah dia dan berstoking lengkap.
terpikir sejenak
kadang2,kita sampai xsolat dan qada solat coz xde telekung nak solat.Sedangkan pakaian yang kita pakai tu merupakan pakaian terbaik untuk solat.Sebab itu Islam suruh tutup aurat dengan sempurna.Jadi kita boleh solat dengan pakaian kita tu tanpa perlu kain telekung especially kalo kite keluar p shopping,atau berada di tempat2 yang kain telekungnya limit.
Berbalik kpd cerita adik tadi,rupanya dia datang bersama ayah dia dan ada seorang adik lelaki dia c0mel sangat lengkap berbaju sekolah juga dan berkopiah dalam darjah 1 kot.Adik dia kecik je sampai seorang pak cik tegur.
"Alahai kenapa besar sangat baju sekolah 2".
"tu je baju paling kecik yg ada".Jawab si ayah.Kami tergelak.Comel je 2 beradik ni
Pengajaran sy dapat pada waktu subuh tu:
1.Ajar anak kita,adik kita atau kanak2 untuk biasakan diri ke surau dan masjid.
2.Ayah dan ibu lah yang mencorak dan membentuk akhlak anak2 mereka.
3Jangan malas nak solat berjemaah kat surau especially subuh,kanak2 yg nak g sekolah pon sanggup bangun awal nak g solat jemaah dulu..P/s:huhu..sangat rasa tersepak.Padahal aku x p sekolah dah pon.
~::Semoga anak-anak kecil ini akan menjadi insan yang hebat dan istiqamah~amin::~
No comments:
Post a Comment