March 25, 2011

JALAN ILLAHI...

PROLONG

Kedengaran hujan begitu lebat sekali di luar, angin kuat yang menghembus begitu sejuk sekali.Perasaanku berbaur sedih dan gembira selepas mendapat sms pendek dari sahabatku, Asrar.
“Aisya tahniah awak dapat 3.65”.
Ya Rahman,Ya Rahim…syukur Alhamdullilah atas kurniaanmu ini Ya Allah.Buat pertama kalinya aku mendapat result yang baik,mungkin orang lain dapat lebih baik lagi.Tapi syukur ya Allah.Walaupun semester akhir aku hanya dapat belajar sikit-sikit tapi Allah telah mempermudahkan aku.Kesibukan aku menguruskan program Halaqah dan mentor meente yang dianjurkan pihak universiti serba sedikit membataskan waktu aku untuk belajar.Tetapi macam mana pun aku tetap akan cari masa untuk belajar walau terpaksa bersengkang mata.Keadaan rumah aku yang agak terpencil di pedalaman menyukarkan aku untuk keluar ke cybercafé untuk cek result.nasib baik la cik Asrar baik hati tolong cekkan.Dia dapat 3.89,Asrar selalu dekan setiap sem.Hanya aku yang selalu kantoi.heheh…Asrar Yusro Binti Hassan,itulah nama sahabat sekelasku dari semester 1 lagi.Dialah yang banyak membantu aku member semangat,membimbing aku menemui cahaya Illahi.Syukur Ya Allah kerana memberiku sahabat-sahabat yang selalu mengingatkanku tentang MU.
BERSAMBUNG.......................
MERDEKA
Horeeyyy!!!!...teriak aku dan kawan-kawan setelah kami dah habis berperang dengan SPM.hu3….macam ape ntah.Aku rasa lega giler…aku cepat-cepat keluar dewan nak balik asrama.Petang nanti abah dah nk datang ambik.GULP!...alamak lupa,mamat tu tengah tunggu aku.Kelihatan seorang lelaki yang memang aku kenali tengah menunggu aku dekat kerusi batu di tepi dewan.
“Aisya!” suara yang selalu ku dengar memanggil.Lambat-lambat aku berjalan menghampiri lelaki itu.Adam.Adam boleh dikatakan buah hati pengarang jantung aku,kami couple sejak tingkatan empat.Dah tahun kami couple.
“Aisya dah nak balik ke? Tak nak jupe Adam dulu ke?kan Aisya dah janji nak jupe Adam lepas exam last.”Jelas Adam dalam keadaan separuh kecewa.
“em…maaf Adam,Aisya lupa…sory ye…”..Jawab aku sambil menggaru yang tidak gatal dan tersipu-sipu,
“Aduh macam mana aku boleh lupa ni.mamat ni pun satu,time-time ginila nak jupe aku”.
“Em Adam ada something ni nak bagi kat Aisya,mesti Aisya suka punye..ni tanda Adam syg Aisya”…Aku dapat hadiah lagi,bertuah betul aku asyik dapat hadiah.Adam meghulurkan aku hadiah yang dibalut dengan pembalut warna coklat dan corak-corak berbentuk hati kegemaranku.
“Ape ni Adam”.. “Secret..hehe..nanti balik rumah Aisya bukak ea”… “ok,tq Adam,Aisya alik dulu ye.Petang ni abah nak datang ambik,nati free Adam datangla umah ea..k bye”Aku melambai kearah Adam dan berlalu.
“Erm..ok bye…Adam syg Aisya”…keluh Adam dalam keadaan separuh berbisik.
“Wah Cik Aisya kite dapat hadiah lagi napaknya”..jerit Nabila..aku cume senyum dan aku biarkan hadiah pemberian Adam di tepi katil.Aku berlalu ke bilik air.
“Erm..napela mamat Adam ni beria2 nakkan aku.aku bukannya serius sangat pun dengan mamat ni”.Aku bermonolog lagi.
Tak dapat dinafikan Adam merupakan lelaki digilai ramai,berpuluh-puluh surat peminat entah dari mana tapi tidak Adam ambil peduli.Adam berdarah kacukan arab.Pernah sekali ada minah entah dari mana menyerang aku tuduh aku kacau pakwe dia.Aku langsung tak ambil kisah.Tapi Adam tetap pilih aku,Nak kata aku ni lawa,entah mana lawanya,kulit sawo matang je,nak kata hidung mancung tak jugak.Mata aku sahaja yang bulat bundar.
Pernah sekali aku tanya Adam, “Kenapa ko suke sangat ikut aku ni hah?aku tak suka tengok ko,naik berbulu mata ni hah.ko jangan nak ikut-ikut atau nak bagi hadiah mengarut-ngarut kat aku,dah takde minah lain ke ko nak mengayat hah…eeyyy dah-dah ko blah menyampah aku tangok ko ni” getus aku geram.
“Aisya,saya minta maaf saya takde niat pun nak kacau awak,saya Cuma nak berkawan dengan awak je.Saya tahu awak orang baik.Harap awak boleh terima saya jadi kawan awak”Adam bersungguh-sungguh separuh merayu.
Aku disekolah hanya suka berada dalam dunia sendiri,aku agak kasar orangnya,aku suka buat nakal dan kacau kawan-kawan.Aku jugak tak ada ramai kawan sangat.Mungkin sebab sikap aku yang panas baran dan pantang ditegur.Bagi aku kawan ni tak penting pun.Tak ada kawan pun aku boleh hidup.Aku jugak sering ponteng kelas terutama subjek yang aku tak suka iaitu addmath.Cikgu Rohana dah berbuih mulut menasihati aku,tapi aku buat lembu kenyang je.Walaupun aku dengan cara aku aku tak pernah melawan cakap guru.Aku juga sering dirotan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.Aku paling anti dengan budak-budak sivik,pernah sekali aku halang sorang budak perempuan konok control ayu sampai terpelanting masuk longkang.Aku buat selamba je....huhu..berangan pulak aku. pulak..Selepas solat asar aku cepat2 mengemaskan barang2 dan bawa turun ke blok bawah..abah xdatang lagi…xsabar dah ni nak balik rumah,kelihatan kereta Proton Iswara hitam yang agak uzur menuju ke pondok pengawal, “abah dah datang
bersambung..........

2 comments:

AienAiril said...

awk blh jadi penulis novel la gini~

Ina Abdullah said...

alamak!..termalu sudah..huhu,em ada lg 2 cite sy wat tapi xsiap2..huhu,xreti sgt