February 23, 2014

Kawan Baru

Hari ini seorang pelajar praktikal baru masuk, seorang perempuan berbangsa India.Nama dia Ray, Pelajar dari Universiti Sabah.

Semalam saya mendapat idea untuk menulis berkenaan kawan yang berbangsa India, tetapi saya tak pernah ada kawan yang berbangsa India. Syukur sangat kehadiran Ray serba sedikit membantu saya. Ray muda setahun dari saya. Sekarang saya ada kawan yang berbangsa India dan Cina. Seronok sangat =)

Ray nampak cantik berbaju kurung, selepas makan tenghari, saya meminta diri untuk ke surau. Tetiba Ray bercerita,

" Kakak, semasa di Sabah saya tinggal bersama keluarga angkat Muslim. Mereka ajar saya pakai baju yang sopan. Saya juga puasa dan beraya bersama mereka". Ray memulakan cerita. kelihatan mukanya agak kerisauan.

" Oh yeke Ray? Menarik. Ray suka pakai kurung?". Saya suka tengok Ray pakai baju kurung.

"Ye kakak, saya memang suka pakai baju kurung. Semasa di Sabah keluarga angkat saya ajar saya baca aya-ayat". Ray masih kelihatan gugup.

" Ayat-ayat? Quran ke?". Saya menunjukkan Quran di tangan saya. Selepas tengahari saya mengajar seorang kakak mengaji. Ray mengangguk.

"Kakak, saya selalu guna perkataan insya-Allah, Astagfirullah. Sudah terbiasa. Tapi saya takut nak guna perkataan itu di sini. Boleh ke saya guna perkataan tu?". Semakin terpancar kerisauan di wajah Ray.

" Ray, dengan saya tak mengapa. Ray boleh sebut semua perkataan tu". Saya memegang tangan Ray. Kerisauan pada wajahnya makin hilang. Rupanya itulah perkara yang merisaukan dia seawal datang tadi.

" Betul ni kakak? Terima kasih ya". Ray tersenyum.

" Jangan risau Ray, saya ok je. Kita jadi kawan ok?". Saya rasa ketika itu juga nak nangis. Tak percaya diketemukan dengan insan yang unik seperti Ray.

"Ok Ray, saya ke surau dulu. Bye". 

Orang Islam kadang-kadang terlupa menyebut Insya-Allah, Astagfirullah. Kadang-kadang terlupa membesarkan Allah. Saya tak cakap pasal orang lain. Tapi diri saya sendiri. Insya-Allah saya akan masukkan kisah Ray dalam novel saya. Seronok dapat berkawan dengan Ray dan Angel. Walaupun keduanya bukan Islam. Tetapi perkenalan dengan mereka membuatkan saya semakin mengenal Pencipta saya. Terima Kasih Allah.


5 comments:

Adibah Bakri said...

subhanallah..bestnyo..utgnye mek:)

Adibah Bakri said...

subhanallah,bestnyoo,,utgnyo mek:)

Unknown said...

terbaik ina ;) ada idea semakin mencurah tu utk ditulis nanti :)

Ina Abdullah said...

@Adibah Bakri

hihi..Allah yang bagi mek dibah. Amanah ni;)

Ina Abdullah said...

@siti nur wanis

Alhamdulillah wanis, ilham dari Allah. Moga Allah redha ;)