February 20, 2014

London atau England

Sejak semalam aku begitu risau sekali, ingin sahaja aku lari Shah Alam. Tetapi memikirkan supervisor sudah aturkan untuk aku dan dua rakan lain untuk makan tengahari bersama supervisornya ketika di UK aku hanya menurut.

Berbagai-bagai perkara bermain di fikiran, memandangkan ini adalah kali pertama aku bakal duduk semeja dan makan tengahari bersama orang dari UK, walaupun selalu berjumpa orang luar negara di seminar dan konferen, tetapi pertemuan kali ini berbeza.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.00 pagi, dalam masa setengah jam lagi Dr. Richard akan datang. Tetapi aku sedikit lega kerana ditemani bersama Mira dan Lee. Mira merupakan pelajar dari universiti California. Lee pula merupakan pelajar A-Level di universiti tempatan. Dan aku hanyalah pelajar cikai dan  bahasa Inggerisnya agak berterabur.

" Hazlina, sudah bersedia untuk makan tengahari? Doktor Richard sudah sampai. Ajak Mira dan Lee sekali". Supervisor aku datang menyergah. Ketika itu aku sedang goggle biodata Doktor Richard. Dadaku semakin berdebar-debar.

Lelaki yang separuh umur berkaca mata tersenyum ke arah aku. Itulah Doktor Richard. Dia menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan. Aku dari awal meletakkan tangan dibahu , Doktor Richard memahami yang aku tidak bersalam dengan lelaki dia turut meletakkan tangan ke bahu.Alhamdulillah aku lega. Supervisor aku tersenyum. Situasi yang aku bimbangkan terungkai, lega melihat supervisor aku tersenyum. Aku mengingatkan diri aku untuk menjaga nama baik supervisor.

Namun gelisah belum masih tetinggal, dalam hatiku mendoakan agar aku tidak perlu untuk bercakap banyak dengan Doktor Richard, mungkin Mira dan Lee boleh bercakap banyak sedikit memandangkan Bahasa Inggeris mereka lebih baik dari aku yang bertabur. Oh tidak! sangkaanku meleset. Aku juga yang ditanya.

" Hazlina awak berminat untuk sambung PHD ke London atau England". Doktor  Richard memulakan perbualan.

Aku sudah terlalu tak tertahan perasaan ketika itu.
" Ya Doktor saya tak kisah mana-mana, London pun menarik!". Aku ketika itu seperti  kucing yang sedang membulatkan mata.

"Hazlina, awak patut lihat pada muka bakal pensyarah awak ketika bercakap".Doktor Richard menegur. 

Aku agak kekok ketika itu. Tetapi dengan keramahan Doktor Richard aku rasa kekok berkurang. Mira dan Mary sedang mengambil perluang untuk bercakap dengan Doktor Richard. Pada akhir pertemuan Doktor Richard menghulurkan kad namanya.

Aku seperti bermimpi, berjumpa dengan orang hebat yang menghasil kajian yang hebat. Terima kasih  ya Allah. Semoga perjalanan mengapai impian ini berjalan dengan mudah. Amin (^_^)

Doakan saya =)

Dr.Richard berbaju hijau dan supervisor saya (^_^), Insya-Allah yang tengah bakal  jadi Doktor juga.hihi

No comments: