Pasir Puteh, 2001.
Petang itu aku baru balik dari latihan bola jaring sekolah. Minggu depan perlawanan bola jaring peringkat daerah Pasir Puteh. Aku kepenatan, basuh t-shirt warna hijau gambar hello kitty yang ibu belikan basah dengan peluh. Hari itu merupakan hari ayah balik dari Kuantan. Sebulan sekali ayah akan pulang menjenguk kami sekeluarga kerana komitment kerja di tempat perkapalan di Kuantan. Hari itu ayah tidak ceria seperti biasa. Selalunya ayah gembira melihat kami dan dia selalu tersenyum. Adik bongsu aku sibuk bermain dengan anak patungnya. Adik lelaki keluar bermain kawan-kawan. Sampai di rumah aku menjenguk mencari ayah.
"Ayah...Ayah...Ayah..". Tiada jawapan.
Beberapa kali aku memanggil ayah. Ibu sedang menunaikan solat Asar. Aku ke dapur mencari air, haus. Kelihatan susuk badan ayah seperti merengkok menahan kesakitan di tangga, ayah mengerang kesakitan.
" Ayah...Ayah! Ayah kenapa ni?". Aku memegang bahu ayah. Tidak mengerti.
"Kak panggil mak". Ayah mengetap bibir menahan kesakitan, mukanya semakin pucat.
"Mak! Ayah..Ayah..". Aku tak mampu untuk berkata-kata.
Mak berlari ke dapur memangku ayah.
" Ya Allah, abang kenapa ni?". Air mata Mak mula berlinangan. Aku masih tidak memahami situasi itu.
Mak berlari ke rumah jiran sebelah mendapatkan pertolongan. Sejam kemudian kedengaran bunyi ambulans datang. Mak ikut bersama ayah naik ambulans ke Hospital USM Kota Bharu. Adik-adik aku waktu itu tidak mengerti apa-apa.
Malam itu nenek dan pakcik datang mengambil kami dan kami akan tinggal di rumah nenek buat sementara waktu. Kini kami adik beradik-beradik terpaksa berdikari. Balik dari sekolah aku akan basuh baju adik-adik aku, gosok baju sekolah dan bantu nenek masak dan kemas rumah.
" Korang ni, boleh tak balik sekolah jangan comot sangat. Penatla hari-hari nak kena basuh baju sekolah korang". Memang aku penat. Haris mengesat hingusnya dengan lengan baju sekolah. Makin aku naik angin.
Adik bongsu aku asyik menangis teringatkan mak.
"Ika nanti mak balikla, kan mak kena jaga ayah. Kak kan ada". Aku memujuk adik bongsu aku.
Usia waktu itu aku tidak reti nak uruskan adik-adik. Selalu semuanya mak yang uruskan. Malam itu Kak Ja telefon.
" Na, ok tak jaga adik-adik? Jaga adik baik-baik. Dengar cakap nenek dan makcik ya. Kak Ja tak dapat balik lagi sebab ada peperiksaan. Nanti balik Kak Ja beli hadiah". Kakakku memujuk. Sememangnya dia kenal sikap aku yang agak panas baran. Terutama apabila disuruh buat kerja rumah.
Aku hanya mengangguk. Ganggang telefon aku letakkan. Air mata mula mengalir. Hidup tanpa ibu bukan perkara mudah. Bila mana aku terpaksa membasuh baju adik-adik aku menangis. Aku penat.Aku basuh pinggan mangkuk dan kemaskan rumah. Tinggal bersama makcik dan sepupu bukan perkara mudah.
" Doktor cakap, apendiks Abang Usin dan pecah teruk dan kritikal. Peratus untuk hidup tipis". Aku mengintai dari lubang bilik. Mencuri dengar perbualan makcik dan pakcik. Waktu itu aku memandang satu-persatu wajah adikku yang sedang tidur dan menadah tangan.
" Ya Allah, janganlah ambil lagi ayah kami. Kami kecil lagi ni. Nanti siapa nak jaga kami. Kami taknak duduk dengan makcik". Aku teresak-teresak di dalam gelap.
Selepas balik sekolah petang itu aku berkumpul dengan adik-adik aku,
" Dengar ni, sekarang ayah sakit. Korang nak ke ayah mati? kena kena buat perangai baik-baik. Nanti ayah cepat baik". Aku persis jeneral memberi arahan. Adik-adik aku hanya mengangguk.
"Kak sampai bila kita nak kena tinggal dengan nenek? nak balik rumah la. Tak best tinggal sini". Ijo memuncungkan mulut
"Sampai ayah keluar hospital". Aku menjawab pendek.
Petang itu makcik dan pakcik membawa kami ke Hospital untuk berjumpa ayah. Kami semua berebut-rebut untuk bersalam dengan ayah dan mak. Ayah masih lemah. Esok ayah akan menjalani pembedahan. Wajah mak sugul dan pucat ketika itu. Badannya makin susut.
" Kak, jaga adik baik-baik. Mak tak dapat balik lagi sebab kena jaga ayah". Mak seperti memberi wasiat.
" Mak, kakak penat basuh baju semua orang, kakak tak reti buat kerja dapur". Aku mengadu.
Wajah mak berubah, seperti menahan sesuatu.
" Sabarlah kak, ini ujian buat keluarga kita. Kak kena kuat kena sabar. Allah sayang orang sabar". Mak mengesat air mata dengan hujung tudungnya.
" Kita semua kena doa supaya ayah cepat baik, esok ayah kena bedah". Aku memandang wajah adik-adik aku. Mereka seperti memahami, waktu itu Ijo, 10 tahun, Haris, 8 tahun, Ika, 6 tahun.
Sepanjang hari waktu persekolahan aku hanya mendoakan agar ayah cepat baik dan pembedahan berjalan lancar. Cikgu Zamri membuat pungutan tabung derma ayah. Aku rasa malu ketika itu. Cikgu-cikgu banyak memberi semangat memandangkan dua bulan lagi aku akan menghadapi UPSR..
To be continue..sobs3
No comments:
Post a Comment