March 1, 2014

Sepul & Seha

1 Mac 2014  Ayer Hitam, Teluk Intan

Barakallah buat kedua-dua mempelai sahabat kami Nasihah & Syaiful Aswad. Moga Baitul Muslim ini mendapat barakah dan bahagia hingga ke syurga.



Teringat sewaktu kami ziarah ke Kelantan setahun yang lepas konvoi beramai-ramai ke walimah Syu dan Huzaifah. Ada satu moment kami bercakap soal muslimat pandai masak.

" Bagi ana. tak pandai masak tu teknikal je. Boleh je belajar". Aiman yang positif. Mungkin sebab Aiman tak kisah.hihi

" Ana tak kisah macam mana muslimat tu, janji dia masih ada mak dan ayah" Syaiful ketika itu sedang memandu. Kami terdiam.

Rasa sedih meruntun jiwa, mak dan ayah Syaiful telah pergi buat selam-lamanya. Waktu kami singgah rumah dia, kami hanya mampu melihat gambar kenangan mak dan ayahnya.

Syaiful, Allah sudah hadirkan wanita yang terbaik untuk awak. Bukan sahaja mempunyai mak dan ayah, malah solehah dan mempunyai keluarga yang baik-baik. Moga berbahagia (^_^).



"Ya Allah sesungguhya aku memohon kepadaMu CintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat menghantarkanku kepada CintaMu" 
Baitul Muslim 3.0
Siti Hazlina

No comments: