October 1, 2014

Jika Benar Kau Lelaki Itu

Jam menunjukkan pukul 12 tengahari. Kotak mesej facebooknya diketuk bertalu-talu. Mahu berasap laptop cabuknya itu.

   “ Kak, macam mana sekarang? Saya kecewa sangat dengan perempuan yang saya pernah cerita pada akak sebelum ini. Dia tolak saya mentah-mentah. Katanya sebab saya tak ada kerja tetap. Yelah saya baru saja habis belajar susahlah nak dapat kerja tetap. Saya benar-benar kecewa. Hidup ini tidak bermakna lagi tanpa si dia disisi.Oh Tuhan berikanlah aku cinta. Aku juga berhak bahagia”

   “Apa yang kau meroyankan dari tadi. Baru kena uji sikit sudah putus harapan. Macam orang tidak bertuhan”..typing…….

   “ Sampai hati akak. Akak patut bagi kata-kata motivasi. Bukannya menjatuhkan moral saya.sobs3.” Balas pemuda itu lagi. Lelaki itu merupakan junior yang dianggap seperti adiknya sendiri. Muda tiga tahun dari umurnya.

    “ Banyaklah kau punya motivasi. Maaf akak tak pandai motivasi bagai. Teringat kata-kata seorang ibu di Palestin saat anaknya keluar untuk melawan rejim zionis.

   Anakku, ibumu ini tidak mampu mengahwinkan kamu dengan wanita-wanita didunia, tetapi insyallah Allah akan kahwinkan kamu dengan bidadari syurga. Pergilah berjuang anakku. Aku redhakan kamu dan aku sudah niatkan untuk infakkan kamu dijalan Allah.

Dik,                                                                                            
Kalian pemuda-pemuda yang bakal membawa dan membina Islam. Jika ujian ini kamu sudah goyah bagaimana mahu memimpin ummah kelak?

   Akak cadangkan kau fokuslah buat kerja kau sekarang. Dari kau meroyan baik kau pergi belajar mengaji biar betul bacaan dan tajwidnya. Jangan lupa belajar jadi imam sekali. Setiap hari Ahad ada kelas talaqqi kau pergilah. Berdamping dengan orang-orang soleh dan jaga solat berjemaah. Insya-Allah, Allah akan hadiahkan bidadari bumi yang baik buatmu.
Untung kau, mana tahu nanti boleh jadi adik ipar akak”

  “Adik akak umur berapa?”

   “Itu saja kau nak tanya ya?Adik akak umur lima tahun. Kau kena tunggulah sikit.”



Wahai pemuda,
Pergilah engkau berdagang sampai laku,
Biar ilmu dan Al-Quran menjadi darah dagingmu,
Bantulah ummah yang sedang tenat ini,
Kuatkanlah kesabaranmu saat Tuhan menguji,


***

Tiga tahun kemudian pemuda itu berjaya menghafal 30 juzuk  Al-Quran tanpa memasuki  sekolah tahfiz dan menjadi usahawan yang berjaya. Suatu hari dia membawa rombongan meminang ke rumah kakak itu.

Kakak ayah ada tak?”

“ Ada..eh betul-betul mahu datang meminang adik akak. Dia baru darjah dualah?”

“ Tak saya datang nak pinang akak. Akak jangan banyak cakap lagi. Sebelum ini akan sudah banyak bercakap. Kini giliran saya pula. Saya mahu jumpa jumpa ayah akak sekarang.”

-Tamat-

Merapurapu




No comments: