October 1, 2014

BAB 1 : Jatuh Bangunlah sendiri!

PERTAMA kali kaki menjejakkan kaki ke menara gading hati berbunga riang.  Senyuman semakin melebar terkoyak. Alhamdulillah dapat juga melangkah ke menara gading walaupun keputusan SPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) hanya cukup-cukup makan saja. Pertama kali dapat tahu keputusan diumumkan SPM aku merasakan hidup ini seperti  sudah tiada harapan lagi. Namun timbul secebis harapan. Kata-kata dan harapan dari Mak aku.

      “Mak tak marah anak mak gagal dalam peperiksaan. Tapi mak kecewa kalau anak mak gagal dalam beragama dan akhlak”.

Empangan air mata masin aku tertahan seketika. Tidak dapat dinafikan aku kurang fokus dalam tempoh pembelajaran. Aku banyak menghabiskan masa dengan kawan-kawan dan melayan cinta monyet. Aku rasa monyet juga turut kecewa dengan situasi itu. Bila difikirkan balik aku hanya membuang masa. Waktu keputusan itu keluar banyak suara-suara sumbang datang untuk menjatuhkan moral aku.

       “ Alah kau memang dari keturunan yang kurang pandai pun. Tak ada harapannya kau nak masuk universiti.”

Mahu saja aku ketuk dengan senduk orang-orang macam ini. Baran aku semakin mendidih-didih.Ikutkan hati yang lara ini ingin aku membalas balik.  Tetapi aku hairan dengan mak aku. Apa sahaja yang orang lemparkan tomahan dan mengata. Dia senyum saja. Bagi aku itu suatu keajaiban.

    “ Allah ada, kenapa perlu kita marah dan menghukum orang lain. Serahkan pada Allah. Allah sebaiknya penghukum dan Maha Adil sekali”. Mak aku tersenyum tenang. Aku belajar dari mak aku mengimpal hati kental dengan kesabaran.

 Walau aku hanya dapat masuk universiti selepas keputusan rayuan dan kelewatan satu semester aku bersyukur sangat. Bila timbul perasaan iri hati kepada rakan-rakan aku yang terlebih dahulu terpilih masuk ke universiti. Aku memujuk hati aku yang lara.

    “Kau patut bersyukur, lihatlah ramai lagi kawan-kawan kau yang sedang bertungkus lumus untuk masuk universiti tetapi tidak dipilih”.


Sujud syukur pada-Mu  Ya Rabb.




***
“ Kegagalan kali pertama tidak bermakna tiada sinar kejayaan untuk kali kedua”





No comments: