Sahabat saya menceritakan kisah abangnya. Sudah selama dua tahun kenal dengan seorang kawan perempuan dan ingin mengikat hubungan dengan pertunangan sementara membuat persediaan untuk berkahwin. Namun apabila abangnya sudah siap membuat persiapan untuk bertunang dan membeli cincin sebagainya, kawan perempuannya memaklumkan yang dia tidak mahu bertunang kerana sudah mempunyai orang lain. Abangnya sekarang sangat bersedih.
Jika saya berada disituasi abangnya mungkin saya juga akan merasai kesedihan yang sama. Namun akan cuba positifkan diri. Mungkin saja Allah tahu orang itu bukan pasangan terbaik untuk kita. Lalu Allah menggantikan dengan yang lebih baik dan sepadan dengan kita.
Saya juga belajar sesuatu, jangan pernah mempermainkan hati dan perasaan orang lain. Kelak kita juga akan mendapat perkara yang sama. Jika kita tidak mahu disakiti dan dipermainkan sebegitu maka elakkan melakukan perkara tersebut.
Mungkin saja diri ini pernah menyakiti hati lain,
Mungkin saja diri ini pernah mempermainkan perasaan yang lain,
Mungkin saja diri ini tidak pandai menghargai,
Mungkin saja diri ini tidak sabar dengan yang lain.
Maka Ya Allah, maafkanlah diri aku, maafkanlah masa laluku. Janganlah dihukum aku diatas perkara laluku. Buat insan-insan yang pernah disakiti. Maafkanlah diri ini
Kepada yang berada disituasi di atas,
Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Mungkin kita rasakan apa yang kita mahukan itu merupakan perkara yang paling terbaik buat kita. Namun yakin dan percayalah Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita hari ini dan masa hadapan.
Jatuh dari cinta, bangkitlah kerana cinta!
Cinta-Nya yang Maha Agung.
Jangan pernah putus asa dari cinta. Cinta-Nya sangat indah dan luas.
Sayangi dan cintailah diri kita sendiri terlebih dahulu sebelum kita menyerahkan cinta buat yang lainnya.
Buat sahabat dan teman,
Moga Allah menghadiahkan kalian pasangan dan cinta yang bakal menuntun kalian ke Jannah.
Moga Allah redha.
3 comments:
Salam ziarah sahabat.
Fasobrun jameel. Sabar itu Indah. Kan?
Innallahama'ana.
@Arni Shuhada
Salam Ta'aruf Arni Syuhada. Benar sekali
;)
Salam taaruf :)
Post a Comment