January 22, 2014

Kunci



Tengahari itu sangat panas, aku hanya bertemankan ego cabuk aku untuk ke nurseri anak sawit untuk ambil data. Memandangkan hari ini  pajero unit digunakan research assistant lain. Sewaktu berhenti di traffic light, di depan aku seorang anak kecil dalam lingkungan lima tahun bersama ayahnya membonceng motor, dalam hatiku mungkin ayahnya baru ambil anaknya dari taska.

Kelihatan anak itu kepanasan dan mengantuk, dia mengusap-ngusap muka ke belakang ayahnya. Kelihatan seperti mengantuk sangat agaknya. Lampu hijau bertukar dan si ayah memecut, sebelah tangan memegang anaknya yang sedang mengantuk dan sebelah lagi untuk bawa moto. Kesian tengok adik tu tersengguk-sengguk kat belakang ayah dia..sobs3

Teringat pesanan Almarhum Ustaz Zamri, yang mengajar mengaji Al-Quran sewaktu diploma UiTM Jengka.

“Dulu sebelum kahwin, waktu hujan. Masa tu saya naik motor, waktu berhenti di tempat perhentian bas. Saya lihat sepasang suami isteri bersama anak kecil mengigil kesejukan, kerana hujan lebat ketika itu. Dalam hati saya terdetik, saya akan pastikan sebelum kahwin saya ada kereta. Tak sanggup melihat isteri dan anak saya kesejukan begitu. Ustaz ingatkan jika kamu mampu, sebelum kamu kahwin beli kereta walaupun kereta murah je”

Terngiang-ngiang kata-kata Ustaz Zamri. Orangnya baik, sangat berlembut. Meninggalkan isteri dan anak-anak  pergi mengadap Sang  IIlahi. Al fatihah. Semoga ditempatkan bersama-sama orang soleh. Peristiwa itu agak memberi kesan kepada saya.huhu

Teringat pula perkongsian dari ustaz sewaktu usrah pimpinan,
Sebelum berkahwin pastikan kita ada tiga kunci utama.
1.       Kunci rumah
2.       Kunci pejabat
3.       Kunci kenderaan


Yang dimaksudkan kunci rumah, ada rumah untuk berteduh. Tidak kira rumah sewa atau beli rumah. Kunci pejabat bermaksud, ada pekerjaan untuk menyara keluarga. Kunci kenderaan maksudnya ada kenderaan untuk bergerak, hatta motor buruk sekalipun.

Bila ditengok balik, saya tak punya satu pun kunci-kunci di atas. Mungkin kunci motor ego cabuk saya adalah.Sobs3

Waktu ini saya masih berjuang untuk memenuhi impian diri dan mak ayah saya. Untuk mendapatkan Ijazah Sarjana. Fokus untuk menghabiskan belajar. Dalam masa yang sama tidak lupa juga untuk mempersiapkan diri kearah baitul muslim.

Apa pun buat masa ini priority saya adalah pelajaran dan keluarga saya. Dalam masa yang sama membentuk muslim untuk menjadi yang lebih baik.

Cemburu melihat sahabat-sahabat yang dari kecil ditarbiyah dengan Islam. Perwatakan yang sangat saya kagumi. Ilmu agamanya, mashaAllah. Hebat..diri terasa kerdil seketika.

Namun ada hikmahnya, makin saya rasa kerdil, makin saya terus mencari dan mencari. Untuk menjadi hamba yang kembali kepada fitrah.


Permudahkan aku Ya Allah, jadikan aku wanita yang bermanfaat untuk ummah. Amin

No comments: