January 21, 2014

Aku Ingin Kembali

Aku diberi masa tiga hari untuk menyiapkan paper, inshaAllah bulan Mac ini akan dipublish, tetapi sedikit perasaan untuk menulis tidak hadir, makin ku cuba makin kuat tolakannya. Melihat journal-journal yang bertimbun seperti mahu sahaja aku campak kedinding.

Ahh…apakah semua ini, aku perlukan fokus. Fikiran seperti sedang memprogramming sesuatu, kadang-kadang sukar difahami.

Research terpaksa diulang semula, aku terasa sedikit penah dan lelah. Saat melihat anak-anak pokok ku tumbang mencium bumi. Butiran jernih mula menitis. Hati menangis, perasaan bersalah dan sedih meruntun diri. Dalam fikiranku hanya nak graduate on time.

“Tapi cukupkah sambung master sekadar hanya untuk graduate on time ina?”

Dan jiwa wanita ini sering menjadi mainan emosi. Kadang-kadang aku kalah, perasaan marah, cemburu, bersalah, bercampur. Dan seperti ingin melepaskan semua yang bermain tanpa pasti.
Pesanan coach, kawal fikiran gunakan hati. Hurm, ianya seperti perkara mudah diungkapkan namun melakukannya memerlukan usaha yang besar.

Minta nasihat dari Naqibah,
“Ina melawan hawa nafsu sendiri itulah mujahadah yang paling besar”

Minta nasihat coach kedua,
“Ina ikhlaskan perasaan yang tidak enak tu dulu”

Aku mencari sesuatu, mencari jawapan yang paling dalam. Dan seperti terdengar suara yang jauh sekali.
“Ina ikhlaskan dirimu, carilah Allah”

Saat itu aku tersungkur, keegoan meruntuh sujud kepada Illahi. Hati ingin bersendirian dengan Sang Penciptanya. Fikiran yang bersalut nafsu menjadi hijab selama ini.

Dari hari ke hari, aku mula mencari erti hidup yang sebenar, selama ini kurasakan diri ini sudah cukup sempurna, aku menutup aurat, aku melakukan apa yang Allah suruh tetapi ianya seperti masih ada yang kurang dan aku mencari erti hidup yang sebenar..Kembali kepada fitrah.

Muhasabah diri.
Ianya seperti perkara mudah, namun tidak semua orang mampu melakukan ia sebaik mungkin. Mujahadah yang tinggi diperlukan.

“Kita boleh sibukkan dengan diri dengan bermacam-macam hal dunia. Tak boleh ke amek 30 minit je sehari untuk kita betul-betul fokus dan hati betul-betul connect dengan Allah”

Aku tercengang lagi,
Berkira betul dengan Allah, sobs3.

Saat itu terasa tiada jalan yang paling bahagia seisi dunia ini, melainkan jalan pulang dalam kebahagian menemui Ilahi..Allah,

Setiap ujian yang Allah datangkan, untuk kita mencari jawapan. Ujian seperti persoalan dan kita mencari jawapan. Ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan disebalik ujian. Wahai diri usah putus asa dengan ujian, kebahagian menanti di penghujungnya.

Dan..hidup ini merupakan proses, proses untuk membina diri hamba yang bertaqwa dan kembali kepada fitrah.

Allah hadirkan bebagai-bagai peristiwa di dalam hidup. Kadang-kadang kita tidak mengerti.  Ada yang membuatkan jiwa bahagia ada yang membuatkan seperti hidup tidak bermakna.
Semua itu bukan kebetulan,

Aku juga hanyalah perantaraan dari Allah buat kalian, di saat aku mula menulis, Allah juga yang menggerakkan hati ini. Andai ada sesuatu yang pernah aku sampaikan, ianya mungkin pesanan dari Allah buat kalian.

Terima kasih Allah, kerana menghadirkan insan-insan yang menyedarkan aku erti kasih sayang dan kerinduan kepada tuhan kami yang maha pengasih lagi penyayang.

Allah juga hadiahkan kita insan yang sayangkan kita dan kita menyayanginya, tanpa disedari pergantungan kepada kasih sayang manusia itu akhirnya membawa kepada kekecewaan dan kelukaan. Walau sayang itu sebesar mana yang kita sangkakan ianya tetap terbatas, kerana ianya kasih sayang manusia, akan tetapi tidak pada Allah. Kasih sayangnya unlimited, kerana Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Tanpa disedari kita manusia yang dhoif ini sering kali bertuhankan diri sendiri dan fikiran semata. Bertuhankan manusia lain. Bertuhankan duit, Allahurabbi. Ampuni diri ini Ya Rabb, seperti sudah jauh tersasar,

Antara sebab yang terbesar menjadi batu penghalang untuk kita kembali kepada fitrah adalah keegoaan kita sendiri.

Semakin tinggi rasa ego itu maka makin jauhlah perjalanan untuk kembali kepada fitrah.
Allah mengizinkan kita agar kita mengizinkan diri kita sendiri untuk meningkatkan rasa kehambaan bukannya keegoaan diri yang semakin bersarang di dalam diri.

Kadang-kadang kita merasakan kita ikut rasa hati, walhal sebenarnya rasa ego dan nafsu yang dituruti.
Terima kasih ya Allah, hadirkan insan-insan yang mengajar aku erti.
-Ikhlas
-Redha
-Menerima, memaafkan
-Kembali kepada fitrah

Terima kasih buat team Beautiful Life Coaching (BLC), kakak-kakak batch BLC, Naqibah dan ustaz yang menjadi perantaraan untuk menyampaikan kesedaran kepadaku,

Buat adikku yang Allah hadirkan sering memberi peringatan kepadaku, buat teman penguat diri.


Aku tidak pasti apa yang aku coretkan disini. Hanya ingin sampaikan Terima Kasih Allah mengajar aku tentang hidup dan tujuan aku dihadirkan di dunia ini.

With coach and BLC team members


kembali kepada fitrah

No comments: