Petang itu Amni bergegas pulang ke rumah, bukan apa seperti biasa setiap hari selasa jalan untuk pulang ke rumahnya mengalami kesesakan yang teruk kerana adanya pasar malam.
Semasa di pejabat lagi, bermacam-macam makanan yang bermain di fikiranya. Akhirnya sampai di pasar malam dengan motor skuter ego cabuknya.
"Alhamdulillah" Amni tersenyum. Sememangnya hari ini memenatkan kerana dia terpaksa menyiapkan kajian tentang penyakit kubis.
Berjalan keseorangan di pasar malam sememangnya Amni lebih selesa, dia tidak suka ke pasar ramai-ramai, terasa rimas.
Banyak makan yang dibelinya, laksa, keropok lekor, nasi kerabu, air delima. Tiba-tiba pandangannya terpaku kepada seorang peminta sedekah.
Di dalam benak kepalanya ligat berfikir,
"Amni kau tak payah layan, itu sindeket"
"Amni orang tu buat-buat cacat la"
"Simpan duit Amni nanti kau nak beli baju baru esok"
"Bila kau nak start buat simpanan Amni?"
Ahh.. bertubi-tubi soalan menjengah di fikirannya, Amni membelek -belek dompetnya dan disimpan kembali. Tidak jadi diberikan kepada peminta sedekah itu. Dia belalu meninggalkan peminta sedekah tua itu.
Motor yang ditunggang Amni hampir separuh jalan untuk sampai ke rumahnya. Tiba-tiba hatinya digigit gelisah dan keluh kesah.
"Kau Ego Amni, kau bertuhankan duit". Sentap!Di saat itu jugak Amni patah balik ke pasar mencari peminta sedekah tua itu. Tanpa berfikir panjang diambil kad bank dan ic, dengan dompetnya sekali diberi kepada peminta sedekah tua itu. Air mata Amni bercucuran.
Suara hatinya yang dalam,
" Padan muka kau nafsu, keegoan. Ya Allah ampuni aku. Aku sedang belajar tentang Ikhlas. Ajarkan aku tentang ikhlas itu Ya Allah".
Amni menekup mukanya, dan menangis sekuat hati.Kini hatinya lebih tenang. Semua duit yang sepatutnya digunakan untuk membayar duit sewa rumah bulan itu dah habis.
"Ya Allah, aku redha. Aku ikhlaskan". Amni tersenyum teringat bait kata temannya.
"Kita tidak akan kefakiran kerana memberi, bahkan ianya makin bertambah"
Seusai makan malam dan solat maghrib. Amni mendapat sms dari abangnya.
Abg Ngah : Amni, abang ada bank in duit. Alhamdulillah abang dapat bonus lebih bulan ni.
Nah?
Saya bukan Ustazah
No comments:
Post a Comment