December 16, 2013

Kerana aku bukan Khadijah



Memilih tanpa syarat,
Kerana diri banyak khilaf dan doif,
Kerana Allah tidak pernah,
Meletakkan syarat untuk mencintainya,

Perjuangan  tunjang utama,
Jalan yang Sang Pencipta hadiahkan,
Sejak lima tahun yang lalu,
Dan mencari istiqamah,

Memiliki dan dimiliki,
Rebutan dan merebut,
Bukanlah pilihan diri,
Kerana hidup ini sangat singkat,
Dan diri kesuntukan masa untuk semua itu,

Ilmu yang hanya senipis kulit bawang,
Tetapi keinginan untuk menyampai membatasi,
Diri bukanlah yang terbaik,
Hanya sekadar hamba biasa,

Pengharapan dihadiahkan teman,
Yang sanggup berada di jalan ini,
Jika tidak belum saatnya,
Cukup bagiku Allah,

Bahagia daku Ya Rabb,
Kerana cita-citaku,
Menjadi wanita yang paling bahagia,
Di saat ketemu denganMu,

Membina bukan mudah,
Dengan usaha dan jerih,
Namun meruntuh sangat mudah,
Jagalah ia Ya Rabb..

Terima kasih di atas Hidayah ini,
Kerana aku dipilih,
Meskipun aku bukan Khadijah,
Berbahagialah...


ina abdullah
1.46am

No comments: