Alhamdulillah cuti hujung minggu lalu Allah mengizinkan saya menemui satu-satunya adik perempuan saya di UiTM Arau,
Sebelum ini tak pernah terfikir untuk kesana, kali terakhir bertemu sewaktu adik saya cuti semester. Kami menangis kerana tidak sempat bertemu lama. Waktu itu saya hanya cuti dua hari dan adik saya terpaksa menjaga nenek dekat wad. Sayu sekali saat itu. Sepanjang di dalam bas balik ke Bangi saya hanya menangis.
Tidak tahu bagaimana, tiba-tiba saya terfikir. Kenapa tidak saya sahaja yang ke Arau ketemu adik. Sebelum ini tidak terfikir pun.
" Mon doakan kat Allah kita dapat jumpa tau". Saya terlalu gembira.
" Baik kak, moga Allah izinkan". Adik saya turut meraikan perasaan yang sama.
Lalu saya mendoakan impian untuk ketemu adik, perjalanan untuk ke sana lancar sahaja. Saya tiba di bandar Kangar waktu subuh. Adik saya dan sahabat-sahabatnya usai solat subuh berjemaah. Bila ternampak saya dia saya terus memeluknya dan dia menangis. Saat itu seperti mimpi. Sayu sekali. Baru kami nikmat kasih sayang yang Allah simpan buat kami, selama ini bila Allah bagi kami masa bersama-sama kami tidak hargai momen-momen itu. Kini manis sekali hubungan cinta kekeluargaan kerana Allah.
Pada pandangan mata, dan hati yang merasai. Makin banyak perubahan pada adik saya, dia lebih baik dari saya dan itulah yang saya doa dan inginkan . Agar adik saya jangan seperti saya. Setiap kali ditanya apa impiannya dia mesti akan menjawab,
" Saya nak jadi macam kak".
"Jangan jadi macam kak, jadilah lebih baik dari kak. Teruskan berbuat kebaikan walaupun sedikit. Jadilah diri sendiri". Itulah yang selalu saya ingatkan. Terasa dhoif sekali diri ini. Belum cukup menjadi yang terbaik buat adik-adik.
Seronok sekali berada di Arau, terasa bumi tarbiyah dikelilingi sahabat-sahabat. Adik saya begitu gembira sekali mengimarahkan surau, menjadi imam, menyusun program surau. Pertama kali dia dilantik sebagai timbalan pengerusi surau, dia sangat risau kerana baru sahaja semester dua.
" Jangan risau, Allah memberimu peluang untuk membaiki diri lebih baik dan mengajak orang lain"
![]() |
Organisasi surau |
Adik saya terus bersemangat. Belajar dan dakwah bergerak seiringan. Sempat mengiringinya ke dewan sewaktu ada test. Allah sahaja yang tahu perasaan ini. Teringin untuk ketemu dua orang lagi adik lelaki saya. Moga Allah izinkan.
Alhamdulillah sempat juga berkongsi secebis ilmu yang Allah berikan kepada adik-adik di surau, semoga kalian terus kuat meneruskan perjuangan di medan yang penuh dengan mehnah dan tribulasi ini.
![]() |
Board adik, sempat curi!.hihi |
Adik saya selalu mendoakan saya cepat kahwin,
" kak moga cepat kahwin ye, tak sabar nak tengok kak kahwin. Kak kalau dah kahwin nanti kita macam ni lagi tau. Kena cakap kat bakal abang ipar awal-awal. Jangan tamak".
Saya tergelak. Risau sangat dia takut kami tak dapat bergurau senda bergelak ketawa seandainya saya sudah berkahwin. teringin sangat dia ingin melihat saya kahwin, begitu juga adik lelaki saya,
"Doakan kakakmu ini adik-adik, inshaAllah andai Allah izinkan sampai jodoh. Kahwinlah juga nanti. Sekarang Allah ingin kak persiapkan diri dulu, selesaikan amanah terlebih dahulu. Perkahwinan tidak menyekat hubungan kekeluargaan pun dik, malah akan lebih barakah dengan bertambahnya ahli keluarga baru" Saya tersenyum.
" Tak sabar tunggu kak kahwin, nanti boleh buat usrah family". Ungkapan inilah yang sering diucapkan adik saya,
InshaAllah teruskan mendoakan kakakmu ini. (^_^)
Saya dan adik perempuan saya mempunyai banyak persamaan, kami berkongsi wali yang sama. Ayah kami. kami suka melukis, kami suka tangkap gambar, suka warna coklat, suka bercakap, perangai kami pun agak sama kadang-kadang kami moody dan kadang-kadang terlebih riang ria.
Terima kasih Allah atas kurniakan dan pinjaman keluarga ini, redhakan kami. Kumpulkan kami di JannahMu,
Redhakan kedua ibubapa kami yang telah banyak mendidik kami untuk mengenalMu
Jadikan kami anak-anak yang soleh solehan yang berbakti dan mendoakan kedua ibu bapa kami
Teristimewa buat adindaku Nur Atika Binti Hussin, ku doakan yang terbaik buatmu dunia dan akhirat.
Amin.
Ina Abdullah
No comments:
Post a Comment