Pagi ini terasa bahagia sekali, Alhamdulillah Allah masih memberi nikmat pernafasan dan penglihatan yang baik.
Hari ini sepenuh masa berada di Pathology Lab untuk culture Ganoderma fungus dengan kayu blok getah. Bilama mula berada di depan laminar flow, mata mula berat. Menguap-nguap beberapa kali, nasib Research Assistant sebelah tak perasan sebab pakai mask. (^_^)
Terdetik di hati,
" Ya Allah, malasnya rasa nak buat kerja-kerja ni"
Aku ke bahagian belakang untuk panaskan spatula, tujuannya untuk mengelakkan jangkitan bakteria di sekeliling. Tangan disembur sedikit etanol bagi mengelakkan jangkitan bakteria dan kuman lalu aku menyalakan api, tiba-tiba kedua-dua belah tangan terasa kepanasan dan keperitan.
Allah, rupa-rupanya api yang aku hidupkan menyambar ke sarung tangan getah. Aku tersentak. Tidak tahu apa yang harus dilakukan.
" Kak Liza, tangan saya, tangan saya!". Aku mula melompat tidak tentu hala dan menanggalkan sarung tangan.
MashaAllah, kedua-dua tangan sudah mula kemerah-merahan. Nasib baik aku menanggalkan sarung tangan cepat, jika tidak pasti lagi parah.
" Lalukan air kat tangan cepat". Arah Kak Liza.
Allahurabbi..perit sekali, tangan mula kelihatan kemerahan dan mengelembung kecil timbul
"Ok tak ni?Nak ke klinik?". Kawan saya mula risau.
" No need, I think ok kot". Tetapi keperitan itu masih terasa, tangan disapu sedikit minyak. Semua kerja-kerja lab dihentikan dan research assistant menyambung tugasan.
"Sebelum ni dah kena air panas, sekarang melecur pulak. So clumsy, kalau macam ni negatiflah hantaran awak" Kawan yang lain berseloroh.
"Hantaran bukan tengok pada kesan melecur pun". Aku membalas,
Sememangnya aku kurang gemar sekali dengan aktiviti dalam makmal. Banyak perkara yang perlu dititiberatkan. Pernah sekali aku menumpahkan air panas dan memecahkan barang makmal. Mungkin kerja makmal tidak sesuai dengan diriku yang kelam kabut.
Aku mula terfikir. Lama.
Mungkin ini kesannya dari niat aku yang pada awalnya malas dan berat sekali ingin melakukan tugasan, peringatan dari Allah.
Moral yang aku dapat, jaga niat, niatkan perkara yang baik-baik.
Maafkan saya tangan, kerana niat saya ini, kalian binasa.
Moga kafarah dosa buat diriku yang pendosa.
![]() |
Ganoderma boninense fungus |
# Sebelum Aku jadi Doktor#
No comments:
Post a Comment