February 17, 2014

Be Myself

Be yourself!

Teringat kata-kata coach, kita penat memikirkan untuk menjadi orang lain. Kenapa tidak suka menjadi diri sendiri?

Kita sering hidup dengan skrip kehidupan orang lain, dimana skrip hidup kita?
sangat memenatkan.

Saya selesa menjadi diri saya sendiri, walau kadang-kadang ada hal tidak enak untuk orang lain. Saya cuba untuk lakukan yang terbaik.

Saya pilih untuk menjadi diri saya dan lakukan apa yang saya suka selagi ia masih digarisan syariat. Saya bahagia.

Kadang-kadang mungkin sukar untuk merubah sikap dan tabiat yang sekian lama, pesan teman dan adik kawal sikap itu dan biar pada tempat yang sepatutnya.

Saya seorang yang kadang-kadang sukar untuk menjadi orang lain dan hipokrit. Mungkin kadang-kadang ada hipokritnya. Mungkin sahaja diri ini palsu. Siapa yang tahu? Hanya DIA yang mengetahui.

Pinta saya jangan terlalu mengharap saya ini terlalu sempurna, terlalu bagus segalanya. Kerana khuatir akan kecewa di kemudian hari jika saya tidak seperti yang disangkakan.

Terlalu banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki. Kelompangan masih teserlah.

Menjadi solehah?

Tertanya juga, apakah ukuran soleh dan solehah bagi seseorang itu?
Tiada jawapan, Hanya Allah yang mengetahui.


Terima daku seadanya,
Aku akan bakal pulang menemui Penciptaku,
Ku harap masih ada waktu buatku,





Bukan solehah bukan juga ustazah





No comments: