Melihat air yang mengalir tenang, ikan-ikan berenang seperi ada sesuatu yang mengaturkannya. Hembusan angin yang lembut mencium pipi, menitis butir-butir cinta di pipi,
"Ya Allah inikah manifesti CintaMu?".
Dalam benakku seperti wayang, satu persatu wajah-wajah yang sering berganti dalam hidupku. Aku mula terfikir dan menanyakan penciptaku.
"Ya Allah kenapa Engkau hadirkan mereka dalam hidupku?"
Kadang-kadang orang yang hadir itu membahagiakan dan membuat kita tersenyum. Dan hadir juga orang yang membuatkan kita sakit, hingga sukar untuk memberi kemaafan yang total. Kadang-kadang diri seperti belum boleh menerima kehadiran seseorang itu. Lalu hati kecil memberi jawapan.
" Kerana Allah ingin menyampaikan pesanan dan peringatan kepadamu wahai diri. Kerana itulah mereka hadir dalam hidupmu"
Nah!
Jawapan yang itu yang diinginkan.
Baru diri tersedar, setiap kehadiran insan-insan ini memberikan hikmah. Allah ingin mengajar diri, tentang ikhlas, sabar, kemaafan, kepercayaan, kasih sayang dan menerima.
Juga Allah menghantar insan-insan yang membimbing di saat aku ketandusan ilmu dan memerlukan pembimbing, Terima Ya Allah. Begitu sekali Allah caring dengan kita kan,(sobs3....seriously so touching).
Jadi hargai lah sesiapa sahaja yang hadir dalam kehidupan, dan carilah hikmah dan message yang ingin Allah sampaikan melalui seseorang itu.
![]() |
pic link |
Power of Acceptance.
Ya Allah Aku ikhlaskan ia, aku redha dengan ketentuanMu, kerana sememangnya engkau berhak apa sahaja ke atas diri ini.Kerana
Aku HambaMu
Saya bukan Ustazah
No comments:
Post a Comment