January 3, 2014

Boyfriend Story

Bila mana bersama staff seoffice, member seoffice, teman serumah. Dikalangan mereka ada yang dah kawin, dah bertunang, bakal kawen tak lama lagi, dan yang bujang senang macam saya.hehe

Pernah kawan non muslim saya menanyakan soalan,
Ina you don't have any boyfriend?

saya senyum dan menjawab,
No, right now master is my boyfriend.

Dan saya tergelak guling-guling disitu. Tak tahu jawapan apa yang sesuai untuk diberikan yang memuaskan hati. Macam pelik kah tiada boyfriend. Tapi saya pelik if ada boyfriend. Tak normal katanya tiada boyfriend. Alamak, abnormal kah diriku ini. kikiki.(^_^)


Apa yang special tentang boyfriend tu?
bagi saya boyfriend= kawan lelaki, jika kawan lelaki ramai la kawan sekolah, kawan universiti.tu je la kot.
hihi

Teringat kawan-kawan suka gosip. Pasal calon suami la, apa la.haha, macam kelakar pun ada. Yang paling kelakar, kita orang ada game dan setiap orang kena taaruf dan beritahu macam mana suami yang nak pilih.

Hurm, terfikir sejenak.

yang nak calon macam aaron aziz pun ada, hadoih. tak larat melayan budak-budak ni.

Games terus berlangsung dan sampai turn saya, suasana senyap seketika menanti jawapan saya. Dalam hati.
adoiii..nak jawab apakan ini.

Nak calon ustaz ke?
ish macam tak je sebab saya bukan ustazah.koh2

Ok orang biasa-biasa sudah. Janji bukan alien.hoho


Erkk..saya nak calon suami yang saya tak pernah kenal dia, dan dia tak pernah kenal saya, pakai spek, cool tak banyak cakap sangat, orang bisnes mungkin, pandai masak sebab saya tak pandai sangat masak, semestinya pilihan pertama agama + perjuangan. (blushing)

saya rasa inilah perkara yang memalukan yang pernah dilakukan.huhu

erk..pfttt..serius macam tak mature.hoho

Selepas program itu saya mula terfikir, ada ke lelaki macam tu?
ntah.
Layak ke ?

Fikiran mula ligat memikirkan soalan,
 Macam mana pulak boleh kita suka pada orang yang kita tak kenal dan tak pernah jumpa?
Ntah-ntah dia bukan orang baik ke, tipu kita ke, ish2. Kenala jumpa dulu, kenal dulu.

Hati kecil menjawab,
Allah mengetahui.

Hanya dua perkataan jawapan dari hati membuatkan diri terus tenang.

Orang kata,
Tak kenal Allah maka tak cinta

itu orang kata, tapi hati kata,
Cintai Allah, cinta lain turut mengiringi


No worries, Allah already deserve something better for us.

Buat masa ini boyfriend ke girlfriend ke enough my parent, sibling, my sahabats and my Master (^_^)



Saya bukan ustazah

No comments: