Usah bicara tentang keibubapaan
jika anda belum mempunyai anak,
Usah bicara tentang perkahwinan
jika anda belum berkahwin,
So
Usah bicara tentang kematian jika
anda belum mati,
Seperti itukah?
Telihat post facebook sebelum ini
usah berbicara soal “parenting” jika belum ada anak. So nak tunggu ada anak
dahulu baru kita tergandah nak mencari ilmu keibubapaan?
Pada pandangan saya yang doif ini
persiapan untuk menjadi ibu bapa dan pendidik kepada khalifah-khalifah yang
akan datang bermula dari ibu bapa mereka sebelum kahwin lagi. Bila mana sudah
berkahwin anak sudah lima orang dan anak bermasalah barulah mencuba untuk
belajar ilmu kebapaan.
Bagi saya tidak menjadi salahnya
jika kita membuat persiapan awal. Bak kata orang, sediakan payung sebelum hujan.
Ilmu Allah itu luas bukan, kenapa harus disempitkan. Belajar dan kautlah ilmu
sebanyak mana yang mungkin selagi mana ia bermanfaat untu diri dan ummah.
Bila mana aku berbicara dan
bertanya, bukanlah bermakna aku yang terhebat,akan tetapi akulah yang paling
doif ilmunya dan perlu belajar lebih banyak lagi.
Pernah saya post sebelum ini
berkenaan ibu bapa menyuruh anak-anak mereka membaca, sedangkan anak-anak
sendiri jarang sekali melihat ibu bapa mereka membaca. Ibu bapa jadikanlah diri
kalian role model buat anak-anak kalian. Sama juga perkara-perkara lain.
Anak-anak itu ibarat kain putih, jadi ibu bapalah yang mencorak mereka, jika
baik maka baiklah hasilnya dan sebaliknya.
Sabda Rasulullah S.A.W,
“Seorang anak dilahirkan dalam
keadaan fitrah. Orang tualah yang bertanggungjawab ,menjadikan anak itu Yahudi,
Nasrani mahupun Majusi”
Hadis Riwayat Bukhari
Saya bukanlah orang yang
sepatutnya membicara tentang ini kerana saya belum belum berkahwin dan jauh
sekali mempunyai anak, akan tetapi ingin sekali berkongsi dan belajar tentang
ilmu-ilmu yang bermanfaat ini.
Teman-teman, belajarlah, carilah
ilmu kehidupan sebaik mungkin. Kerana untuk mendapat kebahagian dunia dan
akhirat dengan ilmu. Hiraukan persepsi negative, niatkan mendapatkan ilmu
kerana Allah. Moga mendapat anak-anak soleh solehan dan yang memperjuangkan
Islam, InshaAllah (^_^)
![]() |
Anak-anak sedara cik na, bila nak ada anak ni cik na, hihi |
Kalam Abdullah
No comments:
Post a Comment