December 1, 2013

Lelaki itu

Hari ini suasana redup dan sejuk. Hujan tanpa henti dari pagi hingga ke malam. Dan demam tidak baik lagi. Allah ikhlaskan hati ini. Mungkin banyak dosa dan maksiat yang dilakukan moga ianya penghapus dosa diri yang penuh khilaf ini.

Pulang agak lambat hari ini dari pejabat kerana esok perlu bersiap untuk jalankan projek. Telefon berbunyi, wajah lelaki kesayanganku terpapar di skrin.

" Assalamualikum, anak ayah apa khabar? Buat apa tu?". Suara agak serak sedikit.

" Waalaikumusalam ayah, takde buat apa pun, baru balik dari ofis". Aku menjawab dalam kepenatan.

" Ayah buat apa tu?". Sambil memejamkan mata. Tidak dapat dinafikan sememangnya diri kepenatan hari ini.

"Dok saja-saja dengan mek ni haa.. bosannya takde orang kat rumah ni. Cucu-cucu pun tak balik. Takpe la ye ayah saja je telefon ni". Ayah menyambung dan memutuskan talian. Dia tahu diri ini sedang kepenatan, itu suara kerinduan ayah kepada anak perempuannya.

Ahh..Rasa teruknya diri ini. Rupanya sudah seminggu saya tidak menelefon ayah, selalu telefon mak. Allahurabbi. Maafkan anakmu ini ayah. Ya Allah tolong ingatkan aku supaya tidak mengabaikan perasaan kedua-dua permata hatiku ini.

Tekad! Esok-esok pagi aku akan telefon ayah, aku akan beritahu ayah aku sayangkan dia dan aku rindu dia sangat, ayahhh...="(




Sewaktu kelahiranku, nenek menceritakan ayahlah orang yang paling bahagia. Memandangkan saya adalah anak sulung ayah. Ayah yang menjaga, memandikan, mendodoikan. Pernah mak cerita sampai cemburu bilamana ayah terlalu mengambil berat dan menjaga saya yang  selalu sakit-sakit ketika kecil.

Bila mana saya sudah masuk tadika, tiap-tiap pagi ayah atau mak akan memandikan saya. Saya tak suka mandi air sejuk, jadi mandi air yang suam tiap-tiap pagi. Saya masih ingat bilamana ayah selalu belikan saya beg  sekolah Mickey Mouse warna pink.Comel.

Sebelum saya dapat adik, ayah kasihankan saya tiada kawan untuk bermain. Lalu ayah bawa balik seekor anak kucing yang comel. Dengan harapan saya akan suka dengan kucing, memandangkan ayah dan mak suka kucing. Tapi sangkaan mereka meleset bilamana saya menangis dan menjerit takut akan kucing. Peristiwa yang sangat lucu. Disebabkan itu sampai sekarang saya masih takutkan kucing.

Apabila saya sudah masuk sekolah rendah, ayah belikan saya sebuah basikal berwarna ungu. Saya suka warna ungu. Dengan harapan saya akan rajin ke sekolah, akan tetapi saya selalu buat hal taknak pergi ke sekolah. Dan saya bukanlah pelajar cemerlang, tetapi ayah tidak pernah marah atau salahkan saya. 

Apabila saya sudah meningkat remaja, ayah mengajar cara menutup aurat dengan sempurna, bersuci dengan cara yang betul, solat dan sebagainya. Kadang-kadang saya sering tidak ikut apa yang ayah beritahu. Ayah mengharapkan agar saya menjadi perempuan yang baik dan solehah.

Apabila masuk diploma, saya mula mengenal erti kehidupan muslim yang sebenar. Ayah dan mak mungkin merasa gagal kerana saya tidak dapat dihantar ke sekolah agama. Dan ayah  orang yang paling bahagia bilamana saya mula menutup aurat dengan sempurna. Dia selalu memuji saya agar saya terus merasa aman menutup aurat.

Sewaktu cuti untuk menyambung ijazah, ayah hantar untuk saya belajar di kelas memandu. Dan untuk memastikan saya lepas ujian memandu, ayah ajar saya bawak kereta. Dan saya telah kemekkan kereta ayah bilamana terlanggar pagar. Tetapi ayah tidak marah. Alhamdulillah saya lulus.

Bila mana ayah keluar saya selalu ikut ayah, meskipun dah berusia 24 tahun. Orang selalu cakap.

" Ni anak bongsu Pak Long ke" Ayah hanya tersenyum, anak manja ayahlah katakan.

Dan berada di kini saya bersama seiring dengan ayah dberada di medan perjuangan. Terima kasih Allah melembutkan hati ayah. Ayah kini anak perempuan yang kecil kau tatang dengan penuh kasih sayang kini sudah berumur 24 tahun. Maaf ayah kerana terlalu banyak karenah dan kenakalan diri ini. Terima kasih Allah, pastinya tidak terbalas kasih sayang yang cinta yang kau berikan. 

Ya Allah berilah daku peluang untuk membalas cinta ayah, dan semoga dia sempat untuk melihat kejayaanku ini. InshaAllah ayah, akan ku lakukn yang terbaik dan menjadi anak yang solehah =)

Ayah andai engkau dapat baca coretan ini, ingin ku ucapakan Saya Sayang Ayah!





Terima kasih Ayah atas cinta dan kasih sayang ini.

-kak-

No comments: