May 15, 2013

Jawapan sebuah penantian

Alhamdulillah tiba di kampung halaman lagi, kerap betol balik sejak kebelakangan ni. Rindu nya nak peluk cium si humaira dan rania.

Alhamdulillah ya Allah kerana rezekikan saya ruang masa untuk bersama family.Syukur juga gambar konvo sudah siap, tak sabar nak bagi mek dan ayah tengok.

"wah, smart napok anok ayoh jale masa konvo" Ayah tersenyum bangga melihat kepingan foto.
"terima kasih Ayah".

Inilah hadiah buat mek dan ayah, saya tidak akan pernah akan mengecewakan kalian. akan ku cuba membanggakan kalian.Terima Kasih Allah^^

Dari Pro-Chancellor, Tan Sri Arsyad Ayub


Petang semalam, saya merasakan mungkinkah saya patut berhenti menunggu dari dapatkan offer letter dari UiTm, memandangkan sudah nak masuk tiga bulan saya menanti. Wahai Master ada jodohkah kita?

Saya mula apply master dari 2 university overseas, dan ingin apply MBA di UMK, Master in Bussiness Administration, boleh la. Lagi pon saya minat bahagian Human Resource Management, mencari juga jika ada university yang best offer untuk kos Psychology..hehe, alahai..mengarut betul saya ni.

Petang itu seusai solat Zohor, saya memohon pada Allah.

"Ya Allah seandainya sambung master ini terbaik untuk aku masa dunia dan akhirat, dan baik untuk Islam maka engkau permudahkanlah, namun jika ianya bukan terbaik untukku tunjukkan lah jalan yang terbaik untukkku"


Saya baru je nak col UMK untuk tanya pembayaran untuk registration. Tiba-tiba dapat sms:

15888: Congratulation! Your Application for postgraduate study at UiTM is successfull. Please print the Offer Letter at http://ipsis.uitm.edu.my/v1/

Alhamdulillah!..terima kasih ya Allah kerana menjawab doa saya.^^

Perjuangan baru sahaja nak bermula.keep it up ina!

thank you Allah






2 comments: