May 1, 2013

Bila bertunang

Pesanan seorang guru :

Apabila kamu bertunang dengan istisyarah dan istikharah, kemudian kamu diuji dengan wanita atau lelaki lain yang dilihat lebih baik, itu tandanya tunangan kamu itu yang terbaik. Ini kerana syaitan sedang mengada-adakan keburukannya agar pernikahan kamu terbatal. Maka, tatkala akad sempurna, hilanglah fitnah syaitan, bahagialah rumahtanggamu.

Manakala kebiasaan pada perhubungan secara tidak baik dan bercampur maksiat , pasangannya akan sentiasa dihias oleh syaitan, lantas dia tidak dapat melihat keburukan pasangannya. Maka, tatkala lafaz akad nikah sempurna, hilanglah hiasan syaitan, maka terdedahlah satu persatu aib, lalu berlakulah penceraian dan sebagainya.



                                                           ~Jaga Hubungan~

pesanan dari sahabat: buat masa sekarang binalah peribadi muslim sebaik-baiknya,Insha Allah


cc: Sahabat Jordan

No comments: